Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah
Selasa, 13 Oktober 2015
Nabi Muhammad s.a.w. Adalah Seorang Tokoh Pemimpin yang Harus Dicontohi dan Mempunyai Kebijaksanaan Kepimpinan yang Mulia
Kelahiran Islam pada abad ke-7 dengan segala kegemilangannya juga Menonjolkan emimpin-pemimpin (Khalifah) yang Handal bagi menyebarkan agama suci itu. Sifat-sifat yang terdapat pada Nabi Muhammad s.a.w pemimpin agama dan pemimpin segala bidang termasuk politik , ekonomi dan lain-lain menjadi contoh kepada semua umat Islam. Sifat-sifat Siddiq (berkata benar) , Amanah (kepercayaan) , Tabligh (menyampaikan) , Fatanah (bijaksana) , patut dicontohi oleh semua umat Islam untuk sentiasa berbuat kebaikan.
Terdapat beberapa pemikir Islam turut membincangkan mengenai soal kepimpinan mengikut lunas-lunas Islam , termasuk Al-Farabi (abad ke-9 hingga abad ke-10) yang menyentuh tentang konsep dan sifat-sifat ketua negara. Dalam hal ini , beliau telah Merujuk kepada ajaran-ajaran Plato tentang cadangannya supaya sifat-sifat kepimpinan meningkat ke taraf Insanul Kamil iaitu yang berasaskan Islam. Pada abad ke-11, Abu Hassan Al-Mawardi Menulis 'Peraturan Dalam Pemerintahan' yang membincangkan persoalan Khilafah atau Ketua Negara (Imamah). Menurutnya, pemimpin harus Adil, iaitu seorang yang bercakap benar, amanah dan bersih daripada perkara-perkara yang meragukan serta tenang dalam semua keadaan.
Contoh Kepimpinan dalam sejarah Islam diambil bukan semata-mata kerana ia Islam, tetapi ia merupakan warisan manusia sejagat. Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya walaupun hidup lebih 1,400 Tahun dahulu namun seolah-olah masih berada disampin kita untuk diteladani dalam segala tindakan.Kegiatan Nabi Muhammad s.a.w meliputi kedua-dua bidang agama dan duniawi.
Melalui usaha-usahanya bukan sahaja telah memperkenalkan sistem etika moral Islam tetapi juga langkah-langkah praktikal yang Baik untuk diikuti manusia.
Antara Ciri Kepimpinan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kecekapan dalam menguruskan soal-soal politik dan kemasyarakatan.
Dalam membuat perlantikan yang berkaitan dengan agama ataupun kenegaraan Nabi mengambil kira keupayaan dan pengetahuan seseorang dalam perkara-perkara yang berkenaan. Pemimpin-pemimpin hendaklah berlaku Adil pada sepanjang masa dengan setiap orang diberi haknya tanpa mengira pangkat dan keturunan.Begitulah juga pada penggubalan undang-undang dan peraturan hendaklah memudahkan orang ramai melaksanakannya mengikut yang terdaya.Oleh sebab itu, mengikut Ajaran Islam yan dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketua negara atau pemimpin mestilah memunyai keeribadian yang Mulia , mempunyai sifat-sifat yang Berani dan tabah hati dalam melaksanakan perjuangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan