Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Khamis, 8 Oktober 2015

Hubungan Persahabatan Tun Dr Mahathir Mohammad dan President Rusia Vladimir Putin

Melalui Sumber The Patriots Idola politik merujuk kepada terminologi yang tidak sesuai digunakan untuk menceritakan keakraban Dr Mahathir bersama Vladimir Putin. Hakikatnya, ia sekadar kerjasama antara kedua-dua pemimpin, termasuk juga dengan perkongsian ilmu dari segi pengendalian masalah ekonomi dan keperluan-keperluan asas sebuah ekonomi untuk mengharungi abad ke-21 sehinggalah merapatkan silaturahim antara dua negara yang berbeza budaya dan sosiopolitiknya.
Walaupun kenaikan Vladimir Putin dilihat sebagai tiba-tiba, gaya kepimpinannya selepas pertabalan adalah satu perkara yang penting. Ekonomi Rusia menghampiri kehancuran pada ketika itu. Sudah tentunya, ahli-ahli ekonomi yang dilantik sebagai nadi-nadi negara dibawah beliau telahpun mengkaji model-model ekonomi membangun (rising economy) seperti Jepun, Korea, Hong Kong, Singapura dan Malaysia.
Vladimir Putin berkata dalam ucapannya selepas memberi Anugerah Persahabatan Rusia kepada Dr Mahathir:
“Mr. Prime Minister, in one of your books, you mentioned that the 21st century will become ‘The Global Century’ – the century of rapid, all round development of the Asia Pacific region. It looks as though, thanks in large part of your efforts, Malaysia has entered this century just as you said, it would”
Ucapan ini dibukukan dalam Transkrip Kremlin:
Anugerah Persahabatan (Orden Druzhby) ini dikurniakan kepada warga asing Rusia yang berkhidmat untuk membaiki hubungan antarabangsa bersama Persekutuan Rusia. Pingat yang diberikan Dr Mahathir mengiktirafkan usaha-usaha Dr Mahathir kearah kestabilan global dan keharmonian agama. Dan ucapan itu diakhiri dengan Dr Mahathir sebagai “sahabat”.
Jadi keakraban ini tidak boleh sesekali ditafsirkan sebagai “idola”. Sedar atau tidak, semasa rezeki melimpah ruah di Malaysia, beribu-ribu kilometer ke utara, Persekutuan Rusia merana.
Selepas Pilihanraya Presiden 2004, politik Rusia bergerak lebih condong kearah Vladimir Putin yang berjaya membenamkan Nikolai Kharitonov dengan majoriti 72%. Pada waktu ini, Persekutuan Rusia sudahpun memulakan proses-proses pembaharuan ekonominya, dan berjaya membaiki segala cacat cela yang dicetuskan daripada kegagalan Boris Yeltsin.
Pada tahun 2004 inilah, Persekutuan Rusia telah memintas ekonomi Soviet Rusia dengan perbezaan AS$82bilion selepas menikmati pertambahan KDNK hampir AS$400bilion.
Dasar-dasar yang dibicarakan berjaya membuahkan hasil-hasil yang tidak diraih ketika penswastaan tidak terkawal dan liberalisasi perdagangan Boris Yeltsin, yang mengambil nasihat-nasihat perbadanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Jabatan Kewangan Amerika Syarikat sehingga berjuta-juta rakyat terbenam dalam kancah kemiskinan.
Berbeza dengan Vladimir Putin, dimana unsur-unsur kawalan, perlindungan dan konservatif diamalkan sepertimana Dr Mahathir gunakannya pada tahun 1997. “Capital control” merupakan kunci pembaikan yang dieksploit Dr Mahathir demi pembaikan ekonomi. Perkara yang sama digunakan oleh Cyprus sewaktu Krisis Ekonomi 2009 melanda Eropah. Dan uniknya, Malaysia kini sedang bersekongkol bersama berbilang-bilang negara dalam perhubungan Trans-Pasifik (TPPA) yang sebenarnya menyekat penggunaan “capital controls” ini.
Pihak Barat begitu tidak miant akan kawalan modal yang dimaksudkan. Namun, tiada apa yang boleh dikatakan lagi. Kawalan modal berjaya melaksanakan proses pembaikpulihan. Bergerak daripada ‘kunci ketika krisis’, dasar-dasar domestik Vladimir Putin dilihat sebagai ‘kapitalisme kerajaan’ (state-driven economy), iaitu ekonomi dikawal rapi perbadanan-perbadanan yang dikaitkan dengan kerajaan (GLC). Syarikat-syarikat mega seperti Gazprom, Sukhoi, Mikoyan, Aeroflot, Rosneft, Rosatom dan banyak lagi.
Kesemua ini diswastakan secara separa sahaja, dimana bahagian paling besar (51% keatas) dimiliki kerajaan Rusia agar mereka mampu mencetuskan kuasa veto. Ini bermakna, ekonomi Rusia akan dipandu kerajaan Rusia sahaja, bukannya tunduk kepada pelabur-pelabur asing yang tentunya ideal mereka berbeza.
Walaupun berapi kritikan terhadap Vladimir Putin, kejayaan beliau merupakan bukti kukuh liberalisme ekonomi perlu dikawal:
KDNK:
1999: AS$195bilion (per kapita AS$1,320)
2013: AS$2.113trilion (per kapita AS$14,800)
Inflasi:
1999: 36.5%
2013: 6.5%
Rizab emas:
1999: AS$12.6bilion
2013: AS$511bilion
Hutang negara:
1999: 78% KDNK
2013: 8% KDNK
Pencen:
1999: RUB499
2013: RUB10,000
Gaji bersih:
1999: RUB1,522
2013: RUB29,940
Pengelakan liberalisme sepenuhnya menjamin pembentukan ekomi negara. Itu adalah asas paling agung yang semua orang mampu pelajari daripada hubungan persahabatan Vladimir Putin dan Dr Mahathir, dan juga bersama negara-negara lain.
Berdasarkan daripada isu Syria, nilai persahabatan adalah satu perkara yang sangat penting buat Persekutuan Rusia. Syria memang sudah jadi sahabat Rusia sejak Hafez al Assad lagi. Namun, walaupun berbeza ideologi (Soviet-Putin), pengekalan persahabatan masih diteruskan.
Perkara yang sama boleh dibicarakan tentang MH17.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan