Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah
Ahad, 4 Oktober 2015
Kajian Mencatatkan Pada Tahun Oktober 2015 : Lebih 200,000 Ribu Siswazah Berijazah institusi pengajian tinggi (IPT) di Negara Malaysia masih Menggangur..apakah yang akan terjadi kpd Institusi Bangsa Melayu Kita di Masa hadapan..?
Dari Meja Pengarang & Penulis: Azwan Syed Abdullah
Credit to: Datuk Shamsuddin Bardan & Puan Rokiah Abdullah (rokiah.abdullah@utusan.com.my).
Memetik dari Surat Khabar Utusan:
''IPOH 3 Okt. - Lebih 200,000 siswazah berijazah institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini masih gagal mendapatkan pekerjaan walaupun telah menamatkan pengajian masing-masing sejak dua tahun lalu.. ''
.Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, angka tersebut tidak termasuk bilangan siswazah yang bakal menamatkan pengajian tahun ini.
Menurut Datuk Shamsuddin Bardan katanya lagi , antara punca yang dikenal pasti menyebabkan siswazah berkenaan masih gagal mendapatkan pekerjaan berikutan kelemahan mereka berbahasa Inggeris selain penampilan Mereka yang kurang menarik.
.
Saya mendapati kenyataan tersebut amat mengejutkan kerana hampir ratusan ribu orang siswazah Golongan Bijak pandai dan berpendidikan Tinggi ini masih menggangur dan tidak mendapat peluang pekerjaan. Kalau begitu apatah lagi Golongan bawahan yg tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi dan yg tinggal di pendalaman dan di kampung-kampung.?
Ini adalah suatu kenyataan yg amat menangkap setiap Halusinasi-halusinasi dan tingkap-tingkap pemikiran kita. Ini adalah suatu kenyataan yang menyuruh kita untuk Berfikir dan Merenung sejenak apa yang telah Berlaku. Di Mana silapnya.....
.
Mari kita Renung kembali Sajak Peninggalan yang ditulis oleh Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohammad..
''Bangsa Melayu sebenarnya bukan kecil lagi....
Bukankah sejak zaman berzaman Bangsa Melayu sudah menjadi
Pelaut , Pengembara malah Penakhluk Terkemuka
Bukankah Mereka sudah mengembangkan sayap menjadi
Pedagang , Ahli Perniagaan , Ulamak Terbilang dan Ilmuwan Islam......Dimanakah silapnya sehinggakan Bangsa Melayu merasa kecil
Apakah angkara penjajah sehinggakan bangsaku melupakan sejarah silam
Dan kegemilangan cemerlang membina Empayar.....
Dimanakah Silapnya........
Biarlah kita Renung kembali Sajak diatas..Bangsa Melayu kita sudahpun mencipta kegemilangan di Mata Dunia sejak Berzaman lagi. Malah dizaman Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu menjadi Pusat tumpuan perdagangan bagi serata dunia selain Negara India dan China.
Tidak ada kesilapan kita dan kelemahan yang kita lakukan melainkan kesilapan yg kita lakukan berulang kali.......
.
Mengapa hanya Bangsa Melayu sahaja yg banyak mengisi Majoriti Penggangguran di Negara ini. Dan Bangsa Melayu dilihat lebih banyak Mengganggur berbanding Orang Cina dan Orang India yg ada sahaja pekerjaan yg dibuat oleh Mereka.
.
Salahkah untuk saya katakan yang sebenarnya Sistem pembelajaran di Sekolah-sekolah dan institusi setempat yg diajarkan kepada Anak-anak Bangsa kita adalah Salah..?
Kita telah diajar semenjak dari kecil apabila sudah besar dapatkan pekerjaan yg bagus-bagus , Belajar pandai-pandai supaya dapat mengisi pekerjaan-pekerjaan di dalam Sektor kerajaan dan perkerjaan yg menjanjikan keistimewaan kerja yg bagus2 kemudian pencen. Semua Anak-anak dipaksa untuk mengikut dan patuh pada Sistem ini jika mereka ingkar dan melakukan sesuatu yg diluar kebiasan dari sistem diatas mereka akan ditentang seperti sebuah pemerintahan kapitalisme yang ingin merubah kepada Sistem berpelembagaan Anarki keputusan mereka akan ditentang.
Akibatnya , anak-anak Muda hilang kebebasan..segala idea kreativiti keistimewaan yg dimiliki mereka terpaksa dilupakan demi mengikut Sistem yg diajarkan oleh Mereka ini. Selepas Habis Belajar , sambung lagi belajar buat pinjaman Hutang untuk Belajar ketempat yg lebih Tinggi , kemudian cari kerja yg bagus-bagus , kemudian pencen.
Apabila perkara ini Terjadi , Maka akan terjadinya persaingan antara mereka untuk merebutkan tempat2 di Institusi-institusi Government , Company-company Besar , Company Berstatus GLC , dan pangkat-pangkat yg dianggap boleh Menjamin masa hadapan dan biasa kita lihat apabila sudah habis belajar itu pekerjaan yg akan dikejar. Itu lah Sistem pembelajaran yg diajar oleh kita dan diasuh sejak dahulu lagi. Tiada pilihan selain Memilih pekerjaan tersebut untuk dilihat sebagai Elegant dan bagi meneruskan apa yg telah diajar disekolah-sekolah.
Cuba Bertanyakan pada mereka mengenai Pelajaran Fizik , Kimia , Biologi dan sebagainya adakah mereka memahami sepenuhnya..?? Adakah Mereka Minat akan pelajaran Tersebut..??
Tidak..mereka telah dipaksa untuk Belajar demi untuk mendapatkan sebuah pekerjaan.
Ini hanya akan mengakibatkan Tekanan dan akan membuatkan Mereka Takut untuk mencuba perkara-perkara yg Baharu.
Ibu-Bapa Menaruh Harapan yang Tinggi kepada Anak-anak mereka....
.
Setiap Anak-anak yang dilahirkan dan dijadikan Oleh Tuhan mempunyai keistimewaan Mereka sendiri...............
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan