Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Jumaat, 23 Oktober 2015

Amanat Tersirat yang Pelik Dari Allahyarham Dato Onn Jaafar kepada Semua Bangsa Melayu

 



Dari Meja Pengarang : Azwan Syed Abdullah
( Apakah yang akan terjadi kepada Bumi Tanah Melayu ini nanti pada 2015 , 2020 , 2040 , 2060 ? ).


.
    Seperti kita sedia maklum Dato Onn Jaafar adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia
yang ke-3. Beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang amat Berkaliber dan akan membuat apa sahaja untuk membawa Bangsa Melayu ke Tahap yang lebih tinggi. Kita sedia maklum Dato Onn Ja'afar adalah seorang pemimpin Melayu yang berketurunan darah campuran. Ayahnya adalah Lelaki yang berketurunan Melayu , dan Ibunya adalah Wanita berketurunan Timor Turki. Dato Onn Jaafar juga dikenali sebagai seorang lelaki yang sangat Cerdik didalam perancangan , dan sbginya , dan ini menambahkan lagi kredibiliti beliau sebagai seorang ' Pemimpin Melayu ' yang sangat berpandangan jauh. Pada Waktu petang ketika saya sedang meminum Kopi saya ada membaca sedikit sebanyak biografi beliau dan sepanjang karier pemerintahan beliau kerana saya seorang yang suka membaca mengenai kisah-kisah dan Biografi pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan antaranya ialah Dato Onn Jaafar. Terus terang saya katakan saya amat Menghormati pada beliau , kerana beliau adalah seorang pemimpin yang paling menjiwai memperjuangkan hak-hak dan nasib orang Melayu.
Banyak yang telah Beliau Tubuhkan demi membela nasib orang-orang Melayu.
.
   Cerita nya bermula begini ketika saya asyik membaca Biografi Dato Onn Ja'afar saya merasakan ada sesuatu yang pelik dari ucapan beliau , ucapan ini seperti ada sesuatu yang ingin beliau katakan pada orang Melayu tetapi ucapan tersebut seperti tersekat-tersekat dari mulut beliau. Saya tidak tahu adakah sebuah kiasan , atau sebuah Amanat Tersirat yang ingin beliau sampaikan pada semua orang Melayu tetapi sukar untuk dinyatakan secara terang-terangan. Tetapi saya amat yakin bahawa apa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar adalah merupakan 'Amanat Tersirat' yang ingin disampaikan kepada semua orang Melayu.


           Jika dilihat semasa zaman pemerintahan Beliau, Mengikut Sejarah Dato onn Jaafar adalah merupakan orang Melayu yang pertama telah dipinta oleh pihak Brtish untuk menghadiri Persidangan Menteri-menteri kewangan kolonel British di London yang tidak pernah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin yg sebelumnya. Beliau juga telah diadakan pertemuan oleh pihak British dengan Sir Malcolm Macdonald Orang dalaman British pada persidangan tersebut. Dato Onn Ja'afar juga sentiasa menjalankan perjumpaan bersama orang-orang inggeris setelah itu. Atas permintaan Orang Inggeris itu sendiri ingin berjumpa dengan beliau.
.

Saya yakin ada sesuatu yang Dato Onn Jaafarketahui tetapi tidak diketahui oleh kita semua dan apakah yang akan terjadi sedikit demi sedikit kepada Tanah Melayu ini. Tahun 2015..? Tahun 2020..? Tahun 2040..? Tahun 2060..?
Mungkin sahaja Beliau telah merasai , melalui ke suatu tempat rahsia,  dan telah mengetahui sesuatu yang tidak pernah kita ketahui. Pernah dengar pergerakan Rahsia..? yang ditubuhkan untuk menjayakan rancangan-rancangan Jahat dan demi menjayakan kepentingan pihak-pihak tertentu..
.
Saya rasa mungkin Beliau telah diajak untuk menjayakan pelan-pelan ini dan mereka menunjukkan semua pelan-pelan rancangan tersebut dengan berharap Dato Onn Jaafar akan menerima  pelawaan tersebut. Tetapi sangkaan mereka meleset dengan menyangka Dato Onn Jaafar akan menerima rancangan mereka yang akan mereka lakukan di Tanah Melayu ini tetapi lain pula yang jadi  Dato Onn Jaafar telah menolak rancangan mereka dan dengan itu saya rasa beliau telah dijatuhkan semasa pemerintahan beliau.
Memandangkan Dato onn Ja'afar Merupakan pejuang yang amat cintakan kedaulatan bangsa Melayu dan memperjuangkan Hak-hak Bangsa Melayu dengan itu , beliau tidak mahu bersengkokol dan menjual Tanah Melayu ini kepada mereka. Tetapi Rahsia telah dipegang oleh Dato Onn Ja'afar dan dengan itu beliau telah meninggalkan sebuah Amanat Tersirat kepada kita semua untuk kita fikirkan.

Saya ada menyimpan petikan-petikan yang telah ditinggalkan oleh Dato Onn Ja'afar , dan saya akan tinggalkan kepada semua para pembaca berharap para pembaca dapat menilai sendiri apa yang diiucapkan oleh Bapa perjuangan kita Dato Onn Jaafar. Waallahualam.


,
.
Ucapan-ucapan Dato Onn Ja' afar:
.
.
.
Umat Melayu Hidup dikelilingi oleh merbahaya besar-besar di segenap tempat dan merbahaya yang dikatakan akan dating itu telah pun datang...’’
.
( Dato Onn bin Ja’afar , 1947 )
.
.
.
'' Malaya masih belum lagi Merdeka pada diri saya.....''
.
( Petikan Dato Onn Ja'afar ,  )
.
.
.
Adakah kita hendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau adakah kita berkehendak jua menyaingi mereka itu? Belumlah pernah ada kepada kita suatu peluang bagaimana yang ada ini untuk memilih yang mana Qyang kita kehendaki itu: Adakah kebahagiannya atau kecelakaannya? Untuk memilihnya adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian. Timbangan neraca nasib bangsa kita itu adalah di dalam genggaman tuan-tuan pada hari ini..
( Dato Onn Ja' afar  )
.


.
"Saudara, negara akan terus menghadapi ancaman dari masa kesemasa. Kedatangan ancaman yang lebih sosifikated akan lebih rumit untuk dikesan jika kita tidak menghayati sejarah"
( Dato Onn Ja' afar  )
.

.
.
Berikut Merupakan Ucapan Dato Onn Ja'afar Fasal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
(matlamat utamanya adalah supaya umat melayu bersatu-hati)

"Hakikatnya: [jika] Kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa ini terselamat dan kuat, dan hanyalah boleh jika kita bersatu-padu"
"Marilah kita tunjukkan kepada dunia iaitu ROH dan SEMANGAT datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita"
"Marilah kita tunjukkan iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya...".
"Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati"
"JIKA DIHALUSI rang perjanjian yang telah sudah itu maka akan nampaklah dengan terang iaitu [ia] mendapat seberapa banyak faedah kepada pihak Melayu..."

[tidak seperti parti siasah yang satu lagi...]

"...bukannya menguatkan pendirian orang Melayu melainkan mencadangkan supaya hilang terus nama Melayu... ada pula pihak yang berhajat orang Melayu itu hendak dimasukkan jadi MALAYAN"
"Rakyat jelata Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini telah mengangkat dan meletakkan balik raja-raja itu keatas takhta kerajaan... Bagi membalas jasa pihak rakyat itu, pada masa yang akan datang hendaklah pihak raja-raja mengambil usaha, mengambil tahu hal rakyat"
Beliau mengulangi ingatannya yang telah disebutkannya beberapa kali iaitu
'Raja Itu Rakyat, Rakyat Itu Raja'

.
(nasihatnya kepada umat Melayu)

"...jemputlah menjalankan rundingan dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlasan hati dan sekiranya hendak mendatangkan teguran maka biarlah teguran-teguran itu barang yang bernas dan memberi faedah"



.
.
.
.
.
Dan Disini Merupakan Ayat Terakhir yang paling Penting yang Ditinggalkan oleh perdana Menteri Malaysia ke-3 kita , Allahyarham Dato Onn Ja'afar dan merupakan Amanat Terakhir yang Tersirat dari Beliau kpd Semua Bangsa Melayu:


"Saya telah berbelas-belas bulan lamanya meminta kepada ahli-ahli UMNO supaya mendedahkan pintunya sebelum pintunya itu ditutup oleh lain-lain orang..."
"Saya telah berasa dan masih lagi berasa iaitu sekatan itu ialah satu langkah yang kelak dibelakang hari akan mencacatkan pendirian UMNO sendiri..."
"Saya tahu, saya mengerti, iaitu apakala saya sebutkan dengan demikian itu, wakil-wakil sekalian tidak menerima fikiran saya itu."


.
"Tetapi biarlah kita memandang kepada keadaan yang ada di Tanah Melayu ini dengan menggunakan cermin yang boleh menampakkan barang yang benar ada..."
"...jangan semata-mata menghadapkan pendangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata [narrow parochialism], iaitu hidup hanyalah di bawah di bawah tempurung sendiri"

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat satu gerak langkah sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini"
"...mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri..."
"PETA yang dinampak oleh kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit atau sebanyaknya daripada PETA yang terbentang didepan mata saya sendiri..."


.
"Malangnya mulut saya tertutup...

"tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggunggan saya itu..."

"malang saya berkata mulut saya ini tertutup.."

"Oleh kerana sekiranya dapat saya zahirkan [apa yang tersirat], saya percaya tiap-tiap orang akan bersama-sama saya berdiri menuntut kemerdekaan Malaya itu"


"inilah kalinya yang terakhir sekali saya bangun bercakap di hadapan wakil-wakil majlis ini sebagai Yang DiPertua UMNO...'

"Perkataan itu saya tidak mengubahnya"

"Dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan saya..."

(26 Ogos 1951)

pesannya:

"Umat Melayu jangan sembah sesiapa melainkan Tuhan"

(Al-fatihah kepada Allahyarham Dato Onn Ja'afar)




10 ulasan:

  1. Silap betulkan fakta, beliau hanyalah Menteri Besar Johor, yang menjadi PM itu anaknya Tun Hussein Onn.

    BalasPadam
  2. DATO ON JAAFAR AYAH KEPADA PM3 . FOUNDER UMNO

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ya betul the master without anoffice, the King without a country

      Padam
  4. Kalau di ikut...Dato Onn LEBIH LAYAK menjdi PM 1...
    Cuba perhatikan...apa yg DOJ kata...ada perancangan lain utk Tanah Melayu..
    Semasa PM1TARahman
    Pertama Jus Soli ( kerakyatan utk semua)...
    Kedua..Singapura terlepas dari Malaysia..tipu helah...sepatut TAR x lepaskan...tangkap LKYew bawah ISA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org melayu sndri yg rosakkan bangsa melayu, gara2 glp mata dgn pangkat , harta kekayaan dunia semata... lupa yg akhirat kehidupan yg kekal abadi

      Padam
    2. Iya tepat.
      PM1TARahman hanya jalan kerja ikut perancangan yg DOJ dah lihat dan khuatir berlaku kepada bangsa Malayu. TAR belot kerana kuat pengaruh Orang Puteh ke atas dirinya.

      Padam
  5. Yup.. Dato Onn Jaafar ada bekas MB Johor, pengasas UMNO dan ayah kepada Tun Hussein Onn - PM Malaysia ke-3.

    Petikan kata kata ini juga menyentuh perasaan percaya saya berkenaan perancangan rahsia yg tidak boleh di buka kan mulut kepada awam..

    Yang kebiasaannya hanya golongan bangsawan mengetahui tujuan asal.. Mungkin juga sebagai PM mereka mendedahkan ini kepada almarhum Dato Onn..

    Marilah kita perkuatkan amanat almarhum terutama bersatu padu, menghayati roh dan semangat bangsa dan sejarah Melayu itu..

    Wallahualambiasawaf..

    BalasPadam
  6. Sebenarnya peta yg mcm mana yg betul?

    BalasPadam
  7. Peta nyang ada ini adalah peta negara Iran dimirip²kan dengan peta Malaysia, sebenarnya peta Malaysia rasanya berekabentuk nyang lain...
    Wallahu Ta'ala alam bissowab...

    BalasPadam