Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Ahad, 25 Oktober 2015

Mawi Kongsi Pengalaman Masuk Israel Dan Palestin


Berpeluang menjejakkan kaki di bumi Palestin dan juga Israel pada Mei lalu, Mawi menjelaskan pengalaman berada di sana adalah jauh berbeza daripada apa yang digambarkan di dada media dan akhbar.




“Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan. Apa yang boleh saya katakan, temnpat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih”
“Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih. Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan selebihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.
“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” jelas Mawi kepada Malaysian Digest.

Selain itu, Mawi juga sempat mengunjungi beberapa tempat penting seperti masjid Al-Aqsa, masjid Buraq selain turut terserempak dengan remaja yang membawa senjata (pemandangan biasa penduduk di sana) ketika berkunjung ke pasar malam di sana sehingga membuatkan dia meremang bulu roma








Pegawai Wanita Rusia Yang Bekerja Di Malaysia Ini Tidak Mahu Balik


Seorang pegawai akhbar Kedutaan Rusia sudah jatuh cinta dengan Malaysia. Selepas tiga tahun bekerja di Kuala Lumpur, beliau mencintai dan selesa tinggal di sini.



Polina Matveycheva, juga naib johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012 mengakui cuaca sejuk dan bersalji di Rusia — sehingga mencecah 25 darjah Celsius bawah paras beku  — sering merisaukannya dan sentiasa menggamitnya pulang ke Malaysia.
Pertandingan pidato itu, yang diadakan di Kuala Lumpur, terbuka kepada pelajar-pelajar di serata dunia yang mengambil pengajian bahasa Melayu. Sejak itulah, gadis berambut perang ini berkenalan dengan Malaysia.
“Saya sudah biasa dari kanak-kanak tidak suka salji, tidak suka hujan. Bila saya balik Moscow pada musim salji, tidak boleh tahan.
“Saya suka salji tetapi hanya pada hari pertama. Lepas itu, rasa hendak balik Malaysia. Tidak boleh tahan,” katanya ketika ditemubual oleh ProjekMMO, Sabtu lalu.
Mengakui jatuh cinta dengan masyarakat dan budaya Malaysia, Matveycheva berkata berat kakinya untuk meninggalkan negara ini kelak apabila tempoh perkhidmatannya di kedutaan tamat dua tahun lagi.
Beliau memuji Malaysia. Di matanya, negara ini sememangnya indah dan mempesona sebagaimana yang diceritakan pensyarahnya sewaktu menuntut di Moscow University of Oriental Studies tiga tahun lalu.



“Mungkin saya akan balik Rusia dua tahun lagi tetapi saya sangat suka di sini dan sekarang saya tidak mahu balik.”
“Saya suka Malaysia. Di sini semua orang senyum kepada orang yang tidak dikenali. Di Rusia tidak begitu. Kalau tidak kenal orang, kalau senyum pada mereka, rasa pelik. Di sana tidak sama,” katanya.
Ditanya perbezaan ketara antara budaya Malaysia dan Rusia, gadis 24 tahun itu berkata warga Rusia sangat mementingkan masa dan segala perkara mahu disiapkan segera.
Anak tunggal kelahiran Moscow berkata menetap di Malaysia memberikannya sedikit ruang dan tidak perlu tergopoh-gapah dalam melakukan sesuatu.
“Gaya hidup di Moscow sangat berbeza, semua mahu cepat. Di sini relaks sedikit. Di Rusia sangat menepati masa. Bila saya baru datang ke sini sangat luar biasa.”
“Saya telefon ke salah sebuah jabatan kerajaan, mereka kata akan telefon semula lima minit, tetapi tidak. Saya harus panggil balik sendiri. Ia sudah macam budaya tempatan. Saya sudah biasa.”
“Di Rusia, kalau tidak panggil balik, orang akan marah. Kenapa tidak panggil balik sebab sudah berjanji. Perkataan paling popular di sini, ‘tak apa’,” katanya, sambil tersenyum manis.
Lulusan pengajian Timur ini juga menggemari masakan pedas dan kuih karipap namun cuba mengelak menikmati nasi lemak kerana bimbang menjadi gemuk.



“Saya suka karipap dan sambal. Nasi lemak juga suka tapi tidak baik untuk badan, saya takut jadi gemuk. Hanya sekali dalam beberapa bulan,” katanya, yang menghabiskan masa di gimnasium tiga kali seminggu.
Peminat filem “Ibu Mertuaku” dan “Penarik Beca” lakonan Tan Sri P Ramlee, Matveycheva  gemar melancong. Kedudukan Malaysia di tengah-tengah Asia Tenggara memudahkan beliau menikmati negara-negara jiran.
“Saya sudah melawat Bali, Kemboja dan Thailand. Lokasinya hampir dengan Malaysia. Tidak seperti di Rusia, negaranya besar, terpaksa terbang lapan jam untuk ke Vladivostok dari Moscow,” katanya, merujuk kepada dua kota besar Rusia yang jauhnya hampir 9,300 km.ss
“Di sini, saya sudah melawat Langkawi, Redang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Baru. Belum ke Sabah dan Sarawak tetapi mahu ke sana.”
“Saya orang Rusia. Di Moscow tidak ada laut. Bila saya di Rusia beberapa tahun tentulah saya mahu ke laut, berjemur. Orang Rusia suka begitu,” katanya.
Admin: Wanita Rusia  disana suka Tinggal disini kerana culture Negara Malaysia , tetapi mungkin akan ada jejaka di sini suka wanita rusia kerana kecantikannya..hehehe.



Sabtu, 24 Oktober 2015

A Day in The Life of a Dictator (portrait of craziness in power) - Documentary

A Day in The Life of a Dictator (portrait of craziness in power) - Documentary
How does a dictator live? What is daily life like for a monster in power? From when he wakes up to when he sleeps, what goes on in the life of someone who will decide the fate of millions of people? What are the mechanisms that lead an ambitious individual to a spiral of cruelty and excess?







                                


                  ( Sila Tonton/Click Video Documentari Di Atas Mengenai Kisah Dictaktor )






      Cerita diatas menceritakan mengenai Kisah Pemimpin Diktator Dunia...menceritakan perjalanan hidup mereka bagaimana mereka menjalani kehidupan mereka sebagai seorang diktator. Bagaimana mereka membesarkan Empayar kekuasaan mereka sehingga menjadi sebagai sebuah raksasa kejam yang membuatkan pemerintahan mereka menggegarkan Dunia. Bagaimana Mereka mengawal setiap corak pemerintahan didalam negara mereka agar semua Rakyat menjadi patuh dan sesiapa yang ingkar akan dihukum , dan Bagamana Mereka menggunakan kuasa ' Veto ' mengawal sistem perundangan undang-undang. Bagaimana Mereka menjalankan pemerintahan Negara mereka dan Bagaimanakah Empayar mereka berakhir .



Jumaat, 23 Oktober 2015

Amanat Tersirat yang Pelik Dari Allahyarham Dato Onn Jaafar kepada Semua Bangsa Melayu

 



Dari Meja Pengarang : Azwan Syed Abdullah
( Apakah yang akan terjadi kepada Bumi Tanah Melayu ini nanti pada 2015 , 2020 , 2040 , 2060 ? ).


.
    Seperti kita sedia maklum Dato Onn Jaafar adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia
yang ke-3. Beliau adalah seorang pemimpin Melayu yang amat Berkaliber dan akan membuat apa sahaja untuk membawa Bangsa Melayu ke Tahap yang lebih tinggi. Kita sedia maklum Dato Onn Ja'afar adalah seorang pemimpin Melayu yang berketurunan darah campuran. Ayahnya adalah Lelaki yang berketurunan Melayu , dan Ibunya adalah Wanita berketurunan Timor Turki. Dato Onn Jaafar juga dikenali sebagai seorang lelaki yang sangat Cerdik didalam perancangan , dan sbginya , dan ini menambahkan lagi kredibiliti beliau sebagai seorang ' Pemimpin Melayu ' yang sangat berpandangan jauh. Pada Waktu petang ketika saya sedang meminum Kopi saya ada membaca sedikit sebanyak biografi beliau dan sepanjang karier pemerintahan beliau kerana saya seorang yang suka membaca mengenai kisah-kisah dan Biografi pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan antaranya ialah Dato Onn Jaafar. Terus terang saya katakan saya amat Menghormati pada beliau , kerana beliau adalah seorang pemimpin yang paling menjiwai memperjuangkan hak-hak dan nasib orang Melayu.
Banyak yang telah Beliau Tubuhkan demi membela nasib orang-orang Melayu.
.
   Cerita nya bermula begini ketika saya asyik membaca Biografi Dato Onn Ja'afar saya merasakan ada sesuatu yang pelik dari ucapan beliau , ucapan ini seperti ada sesuatu yang ingin beliau katakan pada orang Melayu tetapi ucapan tersebut seperti tersekat-tersekat dari mulut beliau. Saya tidak tahu adakah sebuah kiasan , atau sebuah Amanat Tersirat yang ingin beliau sampaikan pada semua orang Melayu tetapi sukar untuk dinyatakan secara terang-terangan. Tetapi saya amat yakin bahawa apa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar adalah merupakan 'Amanat Tersirat' yang ingin disampaikan kepada semua orang Melayu.


           Jika dilihat semasa zaman pemerintahan Beliau, Mengikut Sejarah Dato onn Jaafar adalah merupakan orang Melayu yang pertama telah dipinta oleh pihak Brtish untuk menghadiri Persidangan Menteri-menteri kewangan kolonel British di London yang tidak pernah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin yg sebelumnya. Beliau juga telah diadakan pertemuan oleh pihak British dengan Sir Malcolm Macdonald Orang dalaman British pada persidangan tersebut. Dato Onn Ja'afar juga sentiasa menjalankan perjumpaan bersama orang-orang inggeris setelah itu. Atas permintaan Orang Inggeris itu sendiri ingin berjumpa dengan beliau.
.

Saya yakin ada sesuatu yang Dato Onn Jaafarketahui tetapi tidak diketahui oleh kita semua dan apakah yang akan terjadi sedikit demi sedikit kepada Tanah Melayu ini. Tahun 2015..? Tahun 2020..? Tahun 2040..? Tahun 2060..?
Mungkin sahaja Beliau telah merasai , melalui ke suatu tempat rahsia,  dan telah mengetahui sesuatu yang tidak pernah kita ketahui. Pernah dengar pergerakan Rahsia..? yang ditubuhkan untuk menjayakan rancangan-rancangan Jahat dan demi menjayakan kepentingan pihak-pihak tertentu..
.
Saya rasa mungkin Beliau telah diajak untuk menjayakan pelan-pelan ini dan mereka menunjukkan semua pelan-pelan rancangan tersebut dengan berharap Dato Onn Jaafar akan menerima  pelawaan tersebut. Tetapi sangkaan mereka meleset dengan menyangka Dato Onn Jaafar akan menerima rancangan mereka yang akan mereka lakukan di Tanah Melayu ini tetapi lain pula yang jadi  Dato Onn Jaafar telah menolak rancangan mereka dan dengan itu saya rasa beliau telah dijatuhkan semasa pemerintahan beliau.
Memandangkan Dato onn Ja'afar Merupakan pejuang yang amat cintakan kedaulatan bangsa Melayu dan memperjuangkan Hak-hak Bangsa Melayu dengan itu , beliau tidak mahu bersengkokol dan menjual Tanah Melayu ini kepada mereka. Tetapi Rahsia telah dipegang oleh Dato Onn Ja'afar dan dengan itu beliau telah meninggalkan sebuah Amanat Tersirat kepada kita semua untuk kita fikirkan.

Saya ada menyimpan petikan-petikan yang telah ditinggalkan oleh Dato Onn Ja'afar , dan saya akan tinggalkan kepada semua para pembaca berharap para pembaca dapat menilai sendiri apa yang diiucapkan oleh Bapa perjuangan kita Dato Onn Jaafar. Waallahualam.


,
.
Ucapan-ucapan Dato Onn Ja' afar:
.
.
.
Umat Melayu Hidup dikelilingi oleh merbahaya besar-besar di segenap tempat dan merbahaya yang dikatakan akan dating itu telah pun datang...’’
.
( Dato Onn bin Ja’afar , 1947 )
.
.
.
'' Malaya masih belum lagi Merdeka pada diri saya.....''
.
( Petikan Dato Onn Ja'afar ,  )
.
.
.
Adakah kita hendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau adakah kita berkehendak jua menyaingi mereka itu? Belumlah pernah ada kepada kita suatu peluang bagaimana yang ada ini untuk memilih yang mana Qyang kita kehendaki itu: Adakah kebahagiannya atau kecelakaannya? Untuk memilihnya adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian. Timbangan neraca nasib bangsa kita itu adalah di dalam genggaman tuan-tuan pada hari ini..
( Dato Onn Ja' afar  )
.


.
"Saudara, negara akan terus menghadapi ancaman dari masa kesemasa. Kedatangan ancaman yang lebih sosifikated akan lebih rumit untuk dikesan jika kita tidak menghayati sejarah"
( Dato Onn Ja' afar  )
.

.
.
Berikut Merupakan Ucapan Dato Onn Ja'afar Fasal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
(matlamat utamanya adalah supaya umat melayu bersatu-hati)

"Hakikatnya: [jika] Kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa ini terselamat dan kuat, dan hanyalah boleh jika kita bersatu-padu"
"Marilah kita tunjukkan kepada dunia iaitu ROH dan SEMANGAT datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita"
"Marilah kita tunjukkan iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya...".
"Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati"
"JIKA DIHALUSI rang perjanjian yang telah sudah itu maka akan nampaklah dengan terang iaitu [ia] mendapat seberapa banyak faedah kepada pihak Melayu..."

[tidak seperti parti siasah yang satu lagi...]

"...bukannya menguatkan pendirian orang Melayu melainkan mencadangkan supaya hilang terus nama Melayu... ada pula pihak yang berhajat orang Melayu itu hendak dimasukkan jadi MALAYAN"
"Rakyat jelata Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini telah mengangkat dan meletakkan balik raja-raja itu keatas takhta kerajaan... Bagi membalas jasa pihak rakyat itu, pada masa yang akan datang hendaklah pihak raja-raja mengambil usaha, mengambil tahu hal rakyat"
Beliau mengulangi ingatannya yang telah disebutkannya beberapa kali iaitu
'Raja Itu Rakyat, Rakyat Itu Raja'

.
(nasihatnya kepada umat Melayu)

"...jemputlah menjalankan rundingan dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlasan hati dan sekiranya hendak mendatangkan teguran maka biarlah teguran-teguran itu barang yang bernas dan memberi faedah"



.
.
.
.
.
Dan Disini Merupakan Ayat Terakhir yang paling Penting yang Ditinggalkan oleh perdana Menteri Malaysia ke-3 kita , Allahyarham Dato Onn Ja'afar dan merupakan Amanat Terakhir yang Tersirat dari Beliau kpd Semua Bangsa Melayu:


"Saya telah berbelas-belas bulan lamanya meminta kepada ahli-ahli UMNO supaya mendedahkan pintunya sebelum pintunya itu ditutup oleh lain-lain orang..."
"Saya telah berasa dan masih lagi berasa iaitu sekatan itu ialah satu langkah yang kelak dibelakang hari akan mencacatkan pendirian UMNO sendiri..."
"Saya tahu, saya mengerti, iaitu apakala saya sebutkan dengan demikian itu, wakil-wakil sekalian tidak menerima fikiran saya itu."


.
"Tetapi biarlah kita memandang kepada keadaan yang ada di Tanah Melayu ini dengan menggunakan cermin yang boleh menampakkan barang yang benar ada..."
"...jangan semata-mata menghadapkan pendangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata [narrow parochialism], iaitu hidup hanyalah di bawah di bawah tempurung sendiri"

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat satu gerak langkah sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini"
"...mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri..."
"PETA yang dinampak oleh kebanyakkan orang Tanah Melayu ini, barangkali ada berlainan sedikit atau sebanyaknya daripada PETA yang terbentang didepan mata saya sendiri..."


.
"Malangnya mulut saya tertutup...

"tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggunggan saya itu..."

"malang saya berkata mulut saya ini tertutup.."

"Oleh kerana sekiranya dapat saya zahirkan [apa yang tersirat], saya percaya tiap-tiap orang akan bersama-sama saya berdiri menuntut kemerdekaan Malaya itu"


"inilah kalinya yang terakhir sekali saya bangun bercakap di hadapan wakil-wakil majlis ini sebagai Yang DiPertua UMNO...'

"Perkataan itu saya tidak mengubahnya"

"Dengan ucapan ini maka saya tamatkan pekerjaan saya..."

(26 Ogos 1951)

pesannya:

"Umat Melayu jangan sembah sesiapa melainkan Tuhan"

(Al-fatihah kepada Allahyarham Dato Onn Ja'afar)




Khamis, 15 Oktober 2015

Universiti Princess Nourah bint Abdulrahman Universiti (PNU) yang Terletak di Riyadh, Arab Saudi adalah Merupakan Universiti Wanita yang Terbesar di Dunia.


                   


Princess Nourah bint Abdulrahman University (PNU) yang terletak di Riyadh, Arab Saudi, merupakan universiti wanita terbesar di dunia. Ia bermula sebagai College of Education for Women pada tahun 1970 sebelum dinaiktaraf kepada Riyadh University for Women pada tahun 2004. 

Dua tahun kemudian, ia dinamakan sebagai PNU dan kampusnya seluas lapan juta meter persegi dibina dalam tempoh dua tahun saja, dan dibangunkan sebagai sebuah bandar universiti moden. Kini, PNU mempunyai 52,308 mahasiswa di 15 buah sekolah pengajian.






King Abdullah University Hospital (KAAUH) adalah merupakan "teaching hospital" PNU dengan 300 buah katil pesakit.

PNU membentuk "partnership" dengan banyak universiti luar negara, termasuklah University of Auckland (New Zealand), Monash University (Australia), University of Southern Denmark dan Dublin City University (Ireland).

Rektor PNU sekarang ialah Dr Huda bint Mohammed Alameel, pemegang PhD dari University of Wales (UK) dan dua ijazah Masters dari University of Michigan (USA).

Selasa, 13 Oktober 2015

Nabi Muhammad s.a.w. Adalah Seorang Tokoh Pemimpin yang Harus Dicontohi dan Mempunyai Kebijaksanaan Kepimpinan yang Mulia




   Kelahiran Islam pada abad ke-7 dengan segala kegemilangannya juga Menonjolkan emimpin-pemimpin (Khalifah) yang Handal bagi menyebarkan agama suci itu. Sifat-sifat yang terdapat pada Nabi Muhammad s.a.w pemimpin agama dan pemimpin segala bidang termasuk politik , ekonomi dan lain-lain menjadi contoh kepada semua umat Islam. Sifat-sifat Siddiq (berkata benar) , Amanah (kepercayaan) , Tabligh (menyampaikan) , Fatanah (bijaksana) , patut dicontohi oleh semua umat Islam untuk sentiasa berbuat kebaikan.

Terdapat beberapa pemikir Islam turut membincangkan mengenai soal kepimpinan mengikut lunas-lunas Islam , termasuk Al-Farabi (abad ke-9 hingga abad ke-10) yang menyentuh tentang konsep dan sifat-sifat ketua negara. Dalam hal ini , beliau telah Merujuk kepada ajaran-ajaran Plato tentang cadangannya supaya sifat-sifat kepimpinan meningkat ke taraf Insanul Kamil iaitu yang berasaskan Islam. Pada abad ke-11, Abu Hassan Al-Mawardi Menulis 'Peraturan Dalam Pemerintahan' yang membincangkan persoalan Khilafah atau Ketua Negara (Imamah). Menurutnya, pemimpin harus Adil, iaitu seorang yang bercakap benar, amanah dan bersih daripada perkara-perkara yang meragukan serta tenang dalam semua keadaan.

Contoh Kepimpinan dalam sejarah Islam diambil bukan semata-mata kerana ia Islam, tetapi ia merupakan warisan manusia sejagat. Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya walaupun hidup lebih 1,400 Tahun dahulu namun seolah-olah masih berada disampin kita untuk diteladani dalam segala tindakan.Kegiatan Nabi Muhammad s.a.w meliputi kedua-dua bidang agama dan duniawi.
Melalui usaha-usahanya bukan sahaja telah memperkenalkan sistem etika moral Islam tetapi juga langkah-langkah praktikal yang Baik untuk diikuti manusia.

Antara Ciri Kepimpinan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kecekapan dalam menguruskan soal-soal politik dan kemasyarakatan.
Dalam membuat perlantikan yang berkaitan dengan agama ataupun kenegaraan Nabi mengambil kira keupayaan dan pengetahuan seseorang dalam perkara-perkara yang berkenaan. Pemimpin-pemimpin hendaklah berlaku Adil pada sepanjang masa dengan setiap orang diberi haknya tanpa mengira pangkat dan keturunan.Begitulah juga pada penggubalan undang-undang dan peraturan hendaklah memudahkan orang ramai melaksanakannya mengikut yang terdaya.Oleh sebab itu, mengikut Ajaran Islam yan dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketua negara atau pemimpin mestilah memunyai keeribadian yang Mulia , mempunyai sifat-sifat yang Berani dan tabah hati dalam melaksanakan perjuangan.






Khamis, 8 Oktober 2015

Hubungan Persahabatan Tun Dr Mahathir Mohammad dan President Rusia Vladimir Putin

Melalui Sumber The Patriots Idola politik merujuk kepada terminologi yang tidak sesuai digunakan untuk menceritakan keakraban Dr Mahathir bersama Vladimir Putin. Hakikatnya, ia sekadar kerjasama antara kedua-dua pemimpin, termasuk juga dengan perkongsian ilmu dari segi pengendalian masalah ekonomi dan keperluan-keperluan asas sebuah ekonomi untuk mengharungi abad ke-21 sehinggalah merapatkan silaturahim antara dua negara yang berbeza budaya dan sosiopolitiknya.
Walaupun kenaikan Vladimir Putin dilihat sebagai tiba-tiba, gaya kepimpinannya selepas pertabalan adalah satu perkara yang penting. Ekonomi Rusia menghampiri kehancuran pada ketika itu. Sudah tentunya, ahli-ahli ekonomi yang dilantik sebagai nadi-nadi negara dibawah beliau telahpun mengkaji model-model ekonomi membangun (rising economy) seperti Jepun, Korea, Hong Kong, Singapura dan Malaysia.
Vladimir Putin berkata dalam ucapannya selepas memberi Anugerah Persahabatan Rusia kepada Dr Mahathir:
“Mr. Prime Minister, in one of your books, you mentioned that the 21st century will become ‘The Global Century’ – the century of rapid, all round development of the Asia Pacific region. It looks as though, thanks in large part of your efforts, Malaysia has entered this century just as you said, it would”
Ucapan ini dibukukan dalam Transkrip Kremlin:
Anugerah Persahabatan (Orden Druzhby) ini dikurniakan kepada warga asing Rusia yang berkhidmat untuk membaiki hubungan antarabangsa bersama Persekutuan Rusia. Pingat yang diberikan Dr Mahathir mengiktirafkan usaha-usaha Dr Mahathir kearah kestabilan global dan keharmonian agama. Dan ucapan itu diakhiri dengan Dr Mahathir sebagai “sahabat”.
Jadi keakraban ini tidak boleh sesekali ditafsirkan sebagai “idola”. Sedar atau tidak, semasa rezeki melimpah ruah di Malaysia, beribu-ribu kilometer ke utara, Persekutuan Rusia merana.
Selepas Pilihanraya Presiden 2004, politik Rusia bergerak lebih condong kearah Vladimir Putin yang berjaya membenamkan Nikolai Kharitonov dengan majoriti 72%. Pada waktu ini, Persekutuan Rusia sudahpun memulakan proses-proses pembaharuan ekonominya, dan berjaya membaiki segala cacat cela yang dicetuskan daripada kegagalan Boris Yeltsin.
Pada tahun 2004 inilah, Persekutuan Rusia telah memintas ekonomi Soviet Rusia dengan perbezaan AS$82bilion selepas menikmati pertambahan KDNK hampir AS$400bilion.
Dasar-dasar yang dibicarakan berjaya membuahkan hasil-hasil yang tidak diraih ketika penswastaan tidak terkawal dan liberalisasi perdagangan Boris Yeltsin, yang mengambil nasihat-nasihat perbadanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Jabatan Kewangan Amerika Syarikat sehingga berjuta-juta rakyat terbenam dalam kancah kemiskinan.
Berbeza dengan Vladimir Putin, dimana unsur-unsur kawalan, perlindungan dan konservatif diamalkan sepertimana Dr Mahathir gunakannya pada tahun 1997. “Capital control” merupakan kunci pembaikan yang dieksploit Dr Mahathir demi pembaikan ekonomi. Perkara yang sama digunakan oleh Cyprus sewaktu Krisis Ekonomi 2009 melanda Eropah. Dan uniknya, Malaysia kini sedang bersekongkol bersama berbilang-bilang negara dalam perhubungan Trans-Pasifik (TPPA) yang sebenarnya menyekat penggunaan “capital controls” ini.
Pihak Barat begitu tidak miant akan kawalan modal yang dimaksudkan. Namun, tiada apa yang boleh dikatakan lagi. Kawalan modal berjaya melaksanakan proses pembaikpulihan. Bergerak daripada ‘kunci ketika krisis’, dasar-dasar domestik Vladimir Putin dilihat sebagai ‘kapitalisme kerajaan’ (state-driven economy), iaitu ekonomi dikawal rapi perbadanan-perbadanan yang dikaitkan dengan kerajaan (GLC). Syarikat-syarikat mega seperti Gazprom, Sukhoi, Mikoyan, Aeroflot, Rosneft, Rosatom dan banyak lagi.
Kesemua ini diswastakan secara separa sahaja, dimana bahagian paling besar (51% keatas) dimiliki kerajaan Rusia agar mereka mampu mencetuskan kuasa veto. Ini bermakna, ekonomi Rusia akan dipandu kerajaan Rusia sahaja, bukannya tunduk kepada pelabur-pelabur asing yang tentunya ideal mereka berbeza.
Walaupun berapi kritikan terhadap Vladimir Putin, kejayaan beliau merupakan bukti kukuh liberalisme ekonomi perlu dikawal:
KDNK:
1999: AS$195bilion (per kapita AS$1,320)
2013: AS$2.113trilion (per kapita AS$14,800)
Inflasi:
1999: 36.5%
2013: 6.5%
Rizab emas:
1999: AS$12.6bilion
2013: AS$511bilion
Hutang negara:
1999: 78% KDNK
2013: 8% KDNK
Pencen:
1999: RUB499
2013: RUB10,000
Gaji bersih:
1999: RUB1,522
2013: RUB29,940
Pengelakan liberalisme sepenuhnya menjamin pembentukan ekomi negara. Itu adalah asas paling agung yang semua orang mampu pelajari daripada hubungan persahabatan Vladimir Putin dan Dr Mahathir, dan juga bersama negara-negara lain.
Berdasarkan daripada isu Syria, nilai persahabatan adalah satu perkara yang sangat penting buat Persekutuan Rusia. Syria memang sudah jadi sahabat Rusia sejak Hafez al Assad lagi. Namun, walaupun berbeza ideologi (Soviet-Putin), pengekalan persahabatan masih diteruskan.
Perkara yang sama boleh dibicarakan tentang MH17.

Rabu, 7 Oktober 2015

President Viladmir Putin Menjalankan Perancangan Sulit Mengarahkan dan Menghantar Beribu Kententeraan Rusia Ke Negara Timur Tengah Arab Syria Bagi Menyelesaikan Konflik Peperangan.


                           

Sebelum ini terjadi beberapa peperangan di Negara Timur Tengah Arab yang melibatkan Negara seperti Afganistan , Iraq , Libya dan sebagainya. Dan kini peperangan berlaku pula kepada Negara Syria.Dikatakan semua peperangan berikut telah Dirancang oleh The United States untuk menhuru harakan Tanah Arab.

Apabila Berita ini Disebarkan di seluruh Media Massa amat mengejutkan apabila President Rusia Viladmir Putin secara Tiba-tiba mengambil langkah yang Luar biasa mengumumkan untuk menghantar Ketenteraan Rusia ke Timur Arab Syria. Selain itu Rusia menghantar kapal perang negara itu ke timur Laut Mediterranean semalam sebagai persediaan untuk memindahkan rakyatnya dari Syria.
Penghantaran itu melibatkan lima kapal yang terdiri daripada kapal pemusnah, kapal tunda, kapal tangki dan dua kapal pengangkut.
Kapal-kapal itu berlepas dari pelabuhan Baltiysk di Laut Baltic dan akan memberi bantuan kepada beberapa kapal Rusia yang telah ditempatkan berhampiran Syria sejak beberapa bulan lalu.
Seorang pegawai tentera laut yang enggan dikenali memberitahu perkhidmatan berita Interfax, kapal-kapal itu dalam perjalanan ke perairan Syria untuk kemungkinan terlibat dengan operasi pemindahan rakyat Rusia ke pelabuhan di negara ini di Laut Hitam.
Menurutnya, misi itu dirancang dengan pantas tetapi secara rahsia dan tempoh masa kapal-kapal itu kembali ke Rusia bergantung kepada situasi di Syria.
Sementara itu, pemberontak Syria memperoleh kelebihan dalam pertempuran sengit di kem pelarian Palestin di selatan bandar raya ini, semalam, keganasan yang menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri.
Agensi Bantuan dan Pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya separuh daripada penduduk Yarmuk atau lebih 112,000 orang telah melarikan diri selepas kem pelarian Palestin di kawasan itu dibedil tentera.
Seorang koresponden AFP di sempadan melaporkan, beratus-ratus pelarian Palestin memasuki Lebanon ketika berlaku pertempuran sengit antara pemberontak dan sekutu Palestin mereka dengan kumpulan Palestin yang setia dengan Presiden Bashar al-Assad di kem itu.
Tentera Syria melancarkan beberapa serangan udara ke daerah Yarmuk di selatan pinggir bandar Damsyik ketika orang ramai melarikan diri dari kawasan itu, menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Seorang penduduk berkata, beratus-ratus anggota Tentera Pembebasan Syria dari daerah berhampiran berada di dalam kem itu, menakala tentera kerajaan tidak kelihatan.
Namun, akhbar al-Watab melaporkan tentera sedang bersiap sedia melancarkan serangan besar-besaran.

NOTA:
Negara Russia amat Dikenali sebagai Negara Bertanah Salji yang amat membenci Amerika Syarikat Dan mengangap Beliau adalah Musuh Utama. Rusia juga tidak  Menyukai polisi yang dibawa oleh Amerika Syarikat kerana menggangap Negara Amerika selalu melanggar hak asasi Manusia demi kepentingan Mereka sendiri.
 Negara Rusia amat Terkenal sebagai Negara yang secara terang-terangan Menentang Negara 'Uncle Sam' tesebut.

THE GREAT LEADERSHIP OF TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.


The autobiography Of Tun Dr. Mahathir Mohammad said he had Indian ancestry (from his father), with its origins tracing back to Kerala in India, while his mother was a Kedah-born Malay. Mahathir, however, considers himself to be a "full Malay", in line with Article 160 of the Constitution. Under Article 153 of the Constitution, Malays are granted particular rights not available to other citizens.
Mahathir first attended a Malay vernacular school before continuing his education at the Sultan Abdul Hamid College in Alor Star. Mahathir then attended the King Edward VII Medical College in Singapore, where he edited a medical student magazine called The Cauldron; he also contributed to the Straits Times newspaper anonymously under the nickname "Che Det". Mahathir was also President of the Muslim Society in the college [1]In 1953, Mahathir entered the then Malayan government service as a medical officer upon graduation. He married Dr Siti Hasmah Mohd Ali — a former classmate in college — on August 5, 1956, and left the government service in 1957 to set up his own practice in Alor Star.
.
While in the political wilderness, Mahathir wrote his book, "The Malay Dilemma" [3], in which he sought to explain the causes of the May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur and the reasons for the Malays' lack of economic progress within their own country. He then proposed a politico-economic solution in the form of "constructive protection", worked out after careful consideration of the effects of heredity and environmental factors on the Malay race. The book, published in 1970, was promptly banned by the Tunku Abdul Rahman government.[3] However, some of the proposals in this book had been used by Tun Abdul Razak, the second Prime Minister, in his "New Economic Policy" that was principally geared towards affirmative action economic programs to address the nation's economic disparity between the Malays and the non-Malays. The ban on his book was eventually lifted after Mahathir became Prime Minister in 1981.[.Tun Hussein Onn appointed Mahathir as Deputy Prime Minister on 15 September 1978, and in a cabinet reshuffle, appointed him concurrently as the Minister of Trade and Industry..Tun Dr. Mahathir Mohammad Mahathir became the Prime Minister of Malaysia on 10 July, 1981 when Tun Hussein Onn stepped down due to health reasons. He resigned as Prime Minister on October 31, 2003 after 22 years in office, making him one of Asia's longest-serving political leaders. Upon his retirement on 31 Oct 2003, Mahathir was awarded a "Tun"-ship, Malaysia's highest honour...
.
'' The Great Leadership He is My Idola Tun Dr. Mahathir Mohammad...''
- Azwan Syed Abdullah








Ahad, 4 Oktober 2015

Kajian Mencatatkan Pada Tahun Oktober 2015 : Lebih 200,000 Ribu Siswazah Berijazah institusi pengajian tinggi (IPT) di Negara Malaysia masih Menggangur..apakah yang akan terjadi kpd Institusi Bangsa Melayu Kita di Masa hadapan..?



Dari Meja Pengarang & Penulis: Azwan Syed Abdullah
Credit to: Datuk Shamsuddin Bardan & Puan 
Rokiah Abdullah (rokiah.abdullah@utusan.com.my).




Memetik dari Surat Khabar Utusan:

''IPOH 3 Okt. - Lebih 200,000 siswazah berijazah institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini masih gagal mendapatkan pekerjaan walaupun telah menamatkan pengajian masing-masing sejak dua tahun lalu.. ''

.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, angka tersebut tidak termasuk bilangan siswazah yang bakal menamatkan pengajian tahun ini.
Menurut Datuk Shamsuddin Bardan katanya lagi , 
antara punca yang dikenal pasti menyebabkan siswazah berkenaan masih gagal mendapatkan pekerjaan berikutan kelemahan mereka berbahasa Inggeris selain penampilan Mereka yang kurang menarik.
.
Saya mendapati kenyataan tersebut amat mengejutkan kerana hampir ratusan ribu orang siswazah Golongan Bijak pandai dan berpendidikan Tinggi ini masih menggangur  dan tidak mendapat peluang pekerjaan. Kalau begitu apatah lagi Golongan bawahan yg tidak mendapat tempat di institusi pengajian tinggi dan yg tinggal di pendalaman dan di kampung-kampung.?
Ini adalah suatu kenyataan yg amat menangkap setiap Halusinasi-halusinasi dan tingkap-tingkap pemikiran kita. Ini adalah suatu kenyataan yang menyuruh kita untuk Berfikir dan Merenung sejenak apa yang telah Berlaku. Di Mana silapnya.....
.
Mari kita Renung kembali Sajak Peninggalan yang ditulis oleh Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohammad.
.
''Bangsa Melayu sebenarnya bukan kecil lagi....
Bukankah sejak zaman berzaman Bangsa Melayu sudah menjadi
Pelaut , Pengembara malah Penakhluk Terkemuka
Bukankah Mereka sudah mengembangkan sayap menjadi
Pedagang , Ahli Perniagaan , Ulamak Terbilang dan Ilmuwan Islam.....
.Dimanakah silapnya sehinggakan Bangsa Melayu merasa kecil
Apakah angkara penjajah sehinggakan bangsaku melupakan sejarah silam 
Dan kegemilangan cemerlang membina Empayar.....

Dimanakah Silapnya........


Biarlah kita Renung kembali Sajak diatas..Bangsa Melayu kita sudahpun mencipta kegemilangan di Mata Dunia sejak Berzaman lagi. Malah dizaman Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu menjadi Pusat tumpuan perdagangan  bagi serata dunia selain Negara India dan China.
Tidak ada kesilapan kita dan kelemahan yang kita lakukan melainkan kesilapan yg kita lakukan berulang kali.......
.
Mengapa hanya Bangsa Melayu sahaja yg banyak mengisi Majoriti Penggangguran di Negara ini. Dan Bangsa Melayu dilihat lebih banyak Mengganggur berbanding Orang Cina dan Orang India yg ada sahaja pekerjaan yg dibuat oleh Mereka.
.
Salahkah untuk saya katakan yang sebenarnya Sistem pembelajaran di Sekolah-sekolah dan institusi setempat yg diajarkan kepada Anak-anak Bangsa kita adalah Salah..?
Kita telah diajar semenjak dari kecil apabila sudah besar dapatkan pekerjaan yg bagus-bagus , Belajar pandai-pandai supaya dapat mengisi pekerjaan-pekerjaan di dalam Sektor kerajaan dan perkerjaan yg menjanjikan keistimewaan kerja yg bagus2 kemudian pencen. Semua Anak-anak dipaksa untuk mengikut dan patuh pada Sistem ini jika mereka ingkar dan melakukan sesuatu yg diluar kebiasan dari sistem diatas mereka akan ditentang seperti sebuah pemerintahan kapitalisme yang ingin merubah kepada Sistem berpelembagaan Anarki keputusan mereka akan ditentang.
Akibatnya , anak-anak Muda hilang kebebasan..segala idea kreativiti keistimewaan yg dimiliki mereka terpaksa dilupakan demi mengikut Sistem yg diajarkan oleh Mereka ini. Selepas Habis Belajar , sambung lagi  belajar buat pinjaman Hutang untuk Belajar ketempat yg lebih Tinggi  , kemudian cari kerja yg bagus-bagus , kemudian pencen.
Apabila perkara ini Terjadi , Maka akan terjadinya persaingan antara mereka untuk merebutkan tempat2 di Institusi-institusi Government , Company-company Besar , Company Berstatus GLC , dan pangkat-pangkat yg dianggap boleh Menjamin masa hadapan dan biasa kita lihat apabila sudah habis belajar itu pekerjaan yg akan dikejar. Itu lah Sistem pembelajaran yg diajar oleh kita dan diasuh sejak dahulu lagi. Tiada pilihan selain Memilih pekerjaan tersebut untuk dilihat sebagai Elegant dan bagi meneruskan apa yg telah diajar disekolah-sekolah.
Cuba Bertanyakan pada mereka mengenai Pelajaran Fizik , Kimia , Biologi dan sebagainya adakah mereka memahami sepenuhnya..?? Adakah Mereka Minat akan pelajaran Tersebut..??
Tidak..mereka telah dipaksa untuk Belajar demi untuk mendapatkan sebuah pekerjaan.
Ini hanya akan mengakibatkan Tekanan dan akan membuatkan  Mereka Takut untuk mencuba perkara-perkara yg Baharu.
Ibu-Bapa Menaruh Harapan yang Tinggi kepada Anak-anak mereka....
.
Setiap Anak-anak yang dilahirkan dan dijadikan Oleh Tuhan mempunyai keistimewaan Mereka sendiri...............