Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Selasa, 29 September 2015

Menyingkap Profession Kerjaya Bagaimana Ingin Menjadi Seorang Peguam.




Seseorang manusia yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya memerlukan seorang pembela atau wakil bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Seseorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaannya mereka. Anak guam biasanya mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya daripada peguam agar dia boleh memenangani kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman diringankan melalui proses rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. Peguam juga berperanan membantu hakim untuk menyelesaikan sesuatu kes berlandaskan kepada prinsip keadilan.

Maka itu, sewajarnya seseorang peguam itu mempunyai kelayakan yang membolehkannya dilantik menjadi seorang peguam untuk mewakili anak guamnya di dalam mahkamah. Seseorang peguam ditugaskan untuk membela anak guamnya di mana-mana mahkamah dalam kes yang mana mahkamah tersebut mempunyai bidang kuasa terhadap kes yang akan dibicarakan. Peguam Syarie akan beramal di Mahkamah Syariah manakala peguam sivil pula akan Mahkamah Syariah memandangkan pentadbiran Mahkamah Syariah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri di Malaysia.


     CIRI-CIRI PERIBADI YANG PERLU ADA PADA SEORANG PEGUAM

<!--[if !supportLists]-->2.1              <!--[endif]-->Berminat dengan profesion ini
<!--[if !supportLists]-->2.2              <!--[endif]-->Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
<!--[if !supportLists]-->2.3              <!--[endif]-->Memiliki kemahiran berkomunikasi
<!--[if !supportLists]-->2.4              <!--[endif]-->Berkebolehan menilai, meneliti dan berpandangan jauh
<!--[if !supportLists]-->2.5              <!--[endif]-->Suka membaca
<!--[if !supportLists]-->2.6              <!--[endif]-->Mengikuti perkembangan semasa
<!--[if !supportLists]-->2.7              <!--[endif]-->Berdisiplin dan berfikiran matang

SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN SEORANG PEGUAM

Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 9 bulan chamberingsebelum diterima/melayakkan diri sebagai peguam. Syarat-syarat kelayakan bagi rakyat Malaysia untuk melayakkan diri dalam bidang kerjaya peguam adalah di bawah seksyen 10 dan 11 Akta dan tertakluk di bawah seksyen 14 Akta, iaitu "orang layak" dan boleh diterima menjadi seorang peguambela dan peguam cara di Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

1) Calon tersebut telah berumur 18 tahun pada tarikh permohonan
Mempunyai keperibadian yang baik
2) Sama ada warganegara atau seorang pemastautin tetap Malaysia
3) Berada di Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan dalam latihan untuk melayakkan diri.
4) Telah menjalani atau dikecualikan daripada Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dikendalikan oleh Lembaga.

Untuk melayakkan diri dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum diterima menjadi peguam(called to bar), calon tersebut mestilah membuat chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-kurangnya tujuh tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak diajar di universiti. Mereka juga dikehendaki lulusBahasa Malaysia Qualifying Examinationyang dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act. Pengecualian menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan berdasarkan keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM. Bahasa Malaysia Qualifying Examination di bawah seksyen 5(f) dan 11(2). Peperiksaan ini mengandungi satu ujian lisan untuk menguji kemahiran dalam Bahasa Malaysia sebelum dibenarkan menyertai kerjaya ini.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG GUAMAN

Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang iaitu :

SPM/SPMV
Lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti program tajaan JPA dan MARA di luar negara. Syarat yang diperlukan adalah lulus tidak kurang tiga kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik serta subjek sains dan teknikal.

STPM
Dengan menggunakan keputusan STPM iaitu sekurang-kurangnya tiga prinsipal C, para pelajar boleh meneruskan cita-cita mereka dalam bidang undang-undang peringkat ijazah di UM, UKM, UIAM dan UUM.

Matrikulasi
Lepasan SPM boleh mengikuti kursus matrikulasi selama satu tahun. Selepas itu, mereka boleh meneruskan pengajian undang-undang di peringkat ijazah pertama. Kursus ijazah ini mengambil masa empat tahun.

Universiti Teknologi Mara
Para pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus matrikulasi undang-undang dan kemudian mengikuti kursus Sarjana Muda Undang-undang. Bagi mereka yang memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang atau Perakaunan dari UiTM, mereka boleh memasuki UM untuk mengikuti Ijazah Pertama Undang-undang.

A Level
Bagi mereka yang memiliki A Level, mereka biasanya mengikuti kursus di luar negara seperti di United Kingdom, , Ireland, Australia dan New Zealand (STPM juga boleh digunakan) memakan masa empat tahun sementara di United Kingdom dan Ireland mengambil tiga tahun.

South Ausralian Matriculation
Kelayakan ini adalah untuk kemasukan ke Australia tetapi boleh digunakan untuk kemasukan ke United Kingdom dan New Zealand.

Sijil Amalan Guaman
Para graduan yang mengikuti kursus di United Kingdom dan Ireland dikehendaki menduduki Bar Course. Peluang ini diberikan kepada pelajar yang mendapat kelas dua atau kepujian. Bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan tersebut serta pelajar-pelajar yang lain, mereka bolehlah mengambil ujian untuk Sijil Amalan Guaman (Certificate of Legal Practice) di UM. Walau bagaimanapun, tanpa sijil ini mereka masih boleh diterima untuk menjawat pelbagai jawatan di bidang atau jurusan, lain seperti di badan-badan perundangan atau kehakiman kecuali peguam. Para graduan dari IPT di Singapura, New Zealand dan Australia dikecualikan daripada mengambil peperiksaan ini kerana mata pelajaran yang diikuti adalah berbeza dengan mata pelajaran yang diberi di Malaysia.
.

'' Menyingkap Profession Kerjaya yang Berkerjaya...semoga segala Maklumat dapat memudahkan anda..dan semoga anda dapat menjadi seorang yang Berjaya....''

(Azwan Syed Abdullah Blooger)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan