Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Rabu, 23 September 2015

Penubuhan Syarikat Perniagaan ' Mahazwangsa Corp. ' yang Ingin Dirancang Untuk Direalisasikan & Sebuah Impian Model Harapan yang sangat Besar .


.
Tun Dr. Mahathir bin Mohammed bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4..pada awal perlantikannya pada Tahun 1980 telah menetapkan satu Matlamat bahawa ingin membawa negara Malaysia Maju kearah Wawasan 2020.
.
Apa yang diimpikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed hanyalah sebuah impian yang sangat Mulia dimana ingin membawa Bangsa Melayu menjadi Bangsa yang Berjaya dan menuju kearah kejayaan.
Dan disebabkan itu Tun Dr. Mahathir Mohammed merasakan perlu Merancang memperbanyakkan orang Melayu di dalam industri yang Besar.
.
Dasar Pandang ke Timur' yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed adalah satu Dasar yang menyuruh kita merujuk dan mencontohi kebijaksanaan Bangsa Jepun di dalam Memajukan Bangsa dan Negara mereka. Tun Dr. Mahathir bin Mohammed bukan sahaja menyuruh kita mencontohi Bangsa Jepun, tetapi beliau juga menggalakkan kita Mencontohi Bangsa Cina.
.
Sifat baik Bangsa Cina di dalam memajukan bangsa mereka amat dikagumi. Bangsa Cina terkenal sebagai 'Penguasa Ekonomi Dunia' di dalam industri Perniagaan dan Perdagangan.Bangsa Melayu juga telah lama Menjalinkan Hubungan perdagangan yang Baik dengan Bangsa Cina semenjak ribuan tahun dahulu.Semenjak pemerintahan kesultanan Melayu Melaka dan Maharaja China.
.
Persahabatan antara Bangsa Melayu dan Bangsa Cina amat dipuji kerana walau bebeza Warna kulit dan fahaman tetapi kita tetap menjalinkan Ukhwah Silaturahim dan Menghormati antara sesama kita.Ini amat digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya kita Menghormati semua Makhluk tanpa mengira walau agama ataupun Bangsa.
.
Untuk menjadi sebuah Negara yang Maju, kita perlu mempunyai industri yang besar seperti industri konsurtium perkapalan , automotif , petroleum , Teknologi , pembinaan dan sebagainya. Justeru itu, industri yang dirasakan berkebolehan perlu dilahirkan.Pelan perancangan yang panjang perlu dilaksanakan bagi membolehkan segala Impian menjadi realiti. Tetapi ianya tidak boleh dilakukan secara tiba-tiba ataupun serentak. Melainkan memerlukan pelan perancangan yang panjang dan Masa yang sesuai untuk dilaksanakan. Lebih 60 Buah Syarikat telah berjaya didaftarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan mencecah melebihi 'Nilai Billion Ringgit' melibatkan keluar masuk perlaburan di dalam sektor  urusan perniagaan dan pergerakan ini sering dpantau dari semasa ke semasa.Ini adalah suatu keputusan yang positif dan perancangan yang Bijak buat masa ini.Dan ini mendatangkan Keyakinan bagi meneruskan idea dan pelan perancangan yang seterusnya di Masa akan datang.
.
Pembentukan Identiti Korporat perlu dilahirkan bagi Merealisasikan Impian tersebut. Negara seperti German, Amerika Syarikat, China dan Jepun telah Berjaya melakukan pembentukan identiti korporat mereka sendiri.Lihat sahaja Negara German yang hebat di dalam industri Automotif dan merupakan contoh bagi negara-negara di sekelilingnya. Amerika Syarikat memperkenalkan  Nilai 'Dollar di dalam urusan Perdagangan Dunia. Negara China yang Terkenal sebagai negara yang melahirkan banyak produktiviti perniagaan yang sangat besar sehingga dikenali sebagai 'Penguasa Ekonomi Dunia'.Selain itu, Jepun dikenali sebagai Negara Berteknologi Tinggi yang dihormati Dunia. Ini lah yang diperlukan bagi memenuhi Status Kuo Negara Maju.Untuk memahami konsepnya lagi kita perlu mempelajari dari mereka.Kita perlu belajar ilmu perniagaan, ilmu perdagangan, pemasaran, kejuruteraan, teknologi, intelektual dan banyak lagi. Selain itu, kita perlu Mencontohi pembentukan sistematik mereka. Tetapi masalahnya siapa..? Dengan cara apakah..? bagaimana ianya boleh berlaku.? dan bilakah Masa yang sesuai?..itu yang menjadi tanya pertanyaan.Kita tidak boleh meramal Masa Depan.Tetapi kita boleh merancang. Rancangannya ialah Menyusun Strategi dan melaksanakannya menjadi suatu realiti sedikit demi sedikit mengikut apa yang termampu.Tetapi apa yang penting perancangan ini perlu Berjaya dan dirancang dengan sebaiknya.
.
Diatas perancangan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammed segala perancangan perlu di laksanakan dengan Berjaya dan dengan sebaik-baiknya bagi Menuju Wawasan 2020.
.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan