Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Selasa, 22 September 2015

Mengimbangi Kekuatan Bangsa Melayu vs Bangsa Cina.


Dari Meja Pengarang; Azwan Syed Abdullah
.
Empayar kesultanan Melayu Melaka telah mencoretkan satu sejarah yang dimana dua Empayar Bangsa bertembung. Kerjasama diantara Tanah Besar China dan Tanah Melayu telah terjalin sejak ribuan tahun dahulu.Ini membuktikan kekuatan kita Membina Empayar yang sangat kuat dan kukuh tanpa melibatkan pertelingkahan sesama Bangsa sehingga beratus tahun. Sejarah berubah apabila portugis menjajah Tanah Melayu dan menduduki Melaka. Kekacauan berlaku, Semuanya berubah daripada satu kekuatan kepada titik-titik kelemahan semuanya bermula apabila penyalahgunaan kuasa pemerintahan atasan yang rakus dan tidak menghiraukan suara-suara rakyat bawahan.Pemerintahan yang berlaku tanpa Amanah adalah diibaratkan sebagai racun yang menyumpit sekalian Tanah Melayu. Beratusan Tahun Orang Inggeris menguasai setiap pelusuk Dunia.Tidak kira apa Bangsa sekalipun di mana Tanah sekalipun mereka rakus menjalankan ideologi rahsia mereka dan Melakukan penjajahan demi kepentingan mereka sendiri. Pada waktu ini, seluruh pemerintahan di seluruh dunia mengalami kekacauan akibat kesan peperangan ciptaan Orang Inggeris itu sendiri.Di Tanah Melayu, Bangsa Melayu dan Bangsa Cina diejek dikutuk diherdik oleh Orang2 Inggeris dan disuruh melakukan pekerjaan demi kepentingan mereka.Bangsa Melayu dan Bangsa Cina pada ketika itu, dipaksa menjadi Hamba dan Di Momok kan oleh Orang Inggeris........
Sehinggalah kita bersatu menentang mereka..
.
Negara kita sudahpun Mencapai kemerdekaan pelbagai kemudahan yang boleh kita Nikmati sehingga hari ini.Sebut sahaja Teh Tarik , Nasi Lemak , Roti Canai , semuanya boleh didapati di Negara kita ini. Tetapi ada satu lagi permasalahan yang saya lihat berlaku di Negara kita ini, Masalahnya ialah keseimbangan kuasa diantara Bangsa Melayu dan Bangsa Cina. Percaya lah, separuh kehidupan kita ini banyak berkisarkan mengenai pergaduhan sesama sendiri. Seolah-olah sumpahan orang inggeris itu masih belum berakhir di Tanah kita ini. Pada waktu kita dijajah, British membahagi-bahagikan kita mengikut perbezaan. Orang Cina berada di Bandar bagi melakukan aktiviti perdagangan, Orang Melayu ditempatkan di kampung2-kampung..bagi mengisi pekerjaan sebagai petani, peladang, Orang India ditempatkan di Estate-estate dan di Ladang Getah. Ini lah Masalah yg berlaku pada waktu kita sekarang ini. Perpecahan dan pembahagian kuasa mengikut Level yg tiada kesudahannya.
.
Apakah tidak ada Bangsa Melayu yg boleh Berdagang..? apakah kita dilahirkan sebagai pengemis..? sehingga kita tiada peluang untuk menguasai sektor-sektor Ekonomi dan hanya ditempatkan di kampung-kampung tanpa berbuat apa-apa. Perhatikan..Bangsa yahudi juga dijajah oleh pelbagai empayar kuasa dunia.Mereka sering kesempitan sewaktu peperangan terhadap Bangsa mereka sewaktu dahulu. Tetapi setelah mereka mencapai keamanan mereka Bangkit bagaikan ' Singa yang Lapar '', sehinggakan mereka Berjaya menguasai semua Teknologi dan Ekonomi Dunia.
Apakah Bangsa Melayu tidak boleh menjadi seperti Mereka..??
.
Sebenarnya Boleh...cara pemikiran kita yang menentukan di mana kita akan berada..kita sebenarnya sudah jauh ketinggalan oleh Bangsa Cina. Bangsa Cina menguasai 70% Ekonomi Negara dan selebihnya adalah Bangsa Melayu dan Bangsa2 yang lain. Bangsa Cina banyak menguasai sektor perdagangan barangan di dalam negara dan Bangsa Melayu hanya menjadi pekerja atau orang bawahan Mereka demi mengkayakan mereka. Ini akan menimbulkan Masalah apabila Negara kita berlaku peperangan sudah pasti kita akan kekurangan sumber ketika Darurat. Kerana Beras, makanan atau sebagainya banyak dikuasai oleh Bangsa Cina..ini amat menakutkan.....
.
Bangsa Melayu berpemikiran Tinggi perlu banyak dilahirkan supaya mereka boleh Mengisi kekurangan ini. Mereka perlu menjadi Pedagang, penguasa ekonomi, Ahli Perniagaan atau apa sahaja yang boleh mendominasi sesuatu perbidangan. Lebih permudahkan lagi, apa sahaja yang didominasi oleh Bangsa Cina perlu ada wakil oleh Bangsa Melayu untuk bersaing bagi mengimbangi kekuatan kita. Bangsa Melayu bukan Lemah..kita adalah Bangsa yang hebat dan tidak berpenghujung pada suatu ketika dahulu. Biar Keris menjadi saksi nya............




.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan