Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Rabu, 23 September 2015

Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha (1436 H) 24 Setember 2015.


Dari Meja pengarang: Azwan Syed Abdullah
credit to: Puan Anissa ayu Nastutik
.

Rembulan indah bercahaya
Mendengar takbir dan do'a
Dari hati kita semua
Bersyukur Kepada Allah Ta'alla
Bisa berbagi rezeki karena taqwa

Cerahnya sang mentari 
Secerah hati ini 
Mengucap do'a suci
Semoga makbrur yang naik haji
Dan yang kurban rezeki
Amalnya diterima Illahi Robbi

Beli haiwan untuk dikorban, 
Dagingnya dibagikan kefakir miskin, 
Selamat Hari Raya Qurban, 
Dan mohon maaf lahir dan batin

Minal aidhin wal-faizin,
Mohon Maaf Lahir Dan Batin........

Pejam celik...pejam celik..sudahpun kita melangkah ke Sambutan Hari Raya IdulAdha yang ke-1436H. Sambutan ini amat bermakna buat kita yang dimana kita bangsa Melayu yang beragama Islam meraikannya dengan gembira dan menyambut secara sederhana. Agama Islam menggalakkan kesederhanaan.Sambutan raya aidil adha adalah sambutan yang amat penting bagi umat islam kerana tercatat di dalam perayaan Terbesar oleh umat islam.Sambutan ini memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s diberi cobaan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s tetapi itu hanyalah sebagai klise' dari Allah s.w.t. untuk menguji Nabi Ibrahim a.s sama ada menurut perintah tanpa mempersoalkannya atau pon tidak..sedangkan Allah Maha pengasih.......
.
Allah tidak akan memudaratkan seorang Manusia itu melainkan sebab..Allah tidak akan membunuh manusia tanpa keadilan kerana itu adalah sifat-sifat Allah yang Maha Adil dan Bijaksana..Allah menggantikan ia dengan seekor binatang perliharaan dan bukannya anaknya..ianya bermula apabila Allah s.w.t. memberikan arahan kepada Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s pada ketika itu. Dan Nabi Ibrahim a.s terkejut  menangis teresak-esak kerana mendapat arahan tersebut dari Tuhan-nya.Pada saat itu Nabi Ismail a.s terlihat ayahnya menangis, kemudian ia bertanya kepada Bapanya, '' Wahai Ayahku..mengapa aku melihat engkau menangis..?'' Nabi Ibrahim a.s Menjawab '' Tuhan memerintahkan aku unutk Menyembelihmu..''. Nabi Ismail a.s terdiam mendengarkan kata ayahnya, setelah beberapa saat beliau berkata, '' Wahai Ayahku, sekiranya demikian perintah Tuhan..aku menuruti sahaja..aku redha dengan Takdir yang sudah ditentukan olehku..''. Selepas sahaja Nabi Ibrahim a.s mendengar pengakuan anaknya itu beliau terus memeluk anaknya dan terus menangis kerana mengenangkan akan berpisahnya bapa dan seorang anak....
.
Tiba lah saat yang dinantikan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya..Nabi Ibrahim a.s masih di dalam keadaan pilu dan menangis tiada perasaan yang dapat digambarkan melainkan suasana Hiba dan pilu kerana beliau mengenangkan yang beliau akan menyembelih anaknya sendiri.. sedangkan Nabi Ismail a.s hanya diam tidak berkata dan redha dengan takdir yang diberikan olehnya kerana beliau yakin sifat pengasih yang dimiliki oleh Tuhannya..tiba lah saat-saat yang terakhir apabila Nabi Ibrahim a.s ingin menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s dengan kekuasaan Allah s.w.t jasad Nabi Ismail a.s bertukar kepada binatang perliharaan. Nabi Ibrahim merasa terkejut, kerana tidak percaya dengan apa yang dilihat didepan mata.Berkata Allah yang Maha pengasih,'' Sesungguhnya aku lah Tuhan sekalian alam yang mentadbir sekalian alam, aku tidak akan memudaratkan hamba-hambaku dan aku amat mengasihani hamba-hamba ciptaanku..dan aku gantikan anakmu dengan seekor binatang perliharaan..''.Gembira lah Nabi Ibrahim a.s denagn kesyukuran kerana anaknya tidak disembelih tetapi yang disembelih adalah seekor binatang perliharaan.....
.
Begitulah sedikit kisah mengenai penceritaan pada hari raya Qorban ini..benarlah bahawasanya Allah s.w.t itu adalah Maha pengasih lagi Maha penyayang........












Tiada ulasan:

Catat Ulasan