Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Selasa, 26 Januari 2016

Syarikat Minyak Negara Petronas Mengalami Krisis Ekonomi


                 


Seperti kita sedia maklum Tahun 2015 adalah sebuah Tahun yang perih untuk Negara Malaysia. Masalah Ekonomi melanda kita dimana kegawatan yang dilanda negara diikuti penutupan beberapa buah syarikat yang telah lama bertapak terpaksa berkubur menandakan teruknya pasaran pada ketika itu sehingga ada yang menyamakan peristiwa ini sama  berulang kembali seperti Tahun 1998.

Tetapi kita bernasib pada ketika itu apabila Negara dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed yang melakukan beberapa tindakan dan perancangan yang bijak sehingga kita dapat mengawal Negara ketika itu walaupun dilanda kepincangan Ekonomi yang teruk sewaktu Tahun 1998 sehingga memaksa negara jiran kita indonesia meminjam sejumlah wang dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menunjukkan betapa teruknya Ekonomi pada ketika itu. Tetapi Bantuan itu tidak diambil dan dibenarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed.
Adakah Asia Tenggara dilanda Krisis Ekonomi kembali..??
Nampaknya kegawatan Ekonomi pada Tahun 2015 tidak akan berhenti sampai disini apabila ianya dilihat akan berterusan sehingga ke Tahun seterusnya.

Kita sekali lagi dikejutkan pada Tahun awal 2016 ini , apabila Syarikat Minyak Negara Petronas sebuah Syarikat yang terbesar bagi negara yang banyak menyumbang kepada pendapatan Negara , dan dilihat sebuah syarikat yang Gah ini pula dilanda masalah apabila Harga Minyak Mentah Dunia jatuh beberapa setong. Ini bukanlah sebuah berita yang baik , ini sudah pasti menjejaskan pendapatan Negara. Ianya  bertambah buruk apabila sebuah Syarikat besar Negara Petronas dilanda krisis.

Kini berita mengatakan Syarikat Minyak Negara Petronas akan melakukan beberapa tindakan antaranya dengan memotong sejumlah perbelanjaan dan pembuangan pekerjaan seperti yang akan dilakukan oleh beberapa syarikat-syarikat yang lain.

Berikut kenyataan melibatkan Syarikat Minyak Negara Petronas yang dipetik dari beberapa sumber:



Petronas merancang untuk memotong sebanyak RM50 bilion bagi perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh empat tahun, lapor Reuters yang memetik The Wall Street Journal.

Syarikat minyak negara, yang menyumbang separuh pendapatan minyak Malaysia, akan menunda beberapa projek, lapor portal itu yang memetik memo dalaman syarikat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Sementara itu Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa ia telah mengedarkan risalah komunikasi dalaman sebagai sebahagian usaha mengoptimumkan kos dalam berdepan impak kejatuhan harga minyak mentah.

Bagaimanapun ia enggan mendedahkan kandungan memo berkenaan dan sebarang makluman lanjut akan diumumkan pada satu masa yang ditetapkan.

Petronas berdepan kelemahan harga minyak yang jatuh terendah sejak 2003 pada Isnin. Harga jatuh lebih 70 peratus sejak 18 bulan lepas selepas pengeluar terus meningkatkan pengeluaran meskipun kelemahan permintaan.

Wan Zulkiflee dalam temubual bersama Bloomberg baru baru ini menegaskan syarikat berdepan tempoh mencabar bagi tempoh dua ke tiga tahun, namun yakin harga minyak akan pulih meskipun tidak berkongsi tempoh sebenar pemulihan.

Pada Februari tahun lepas, Petronas berkata ia merancang memotong modal perbelanjaan sebanyak 10 peratus dan perbelanjaan operasi sebanyak 30 peratus pada 2015.

Ia juga berkata pada ketika itu, bahawa syarikat bakal memotong modal perbelanjaan 2016 sebanyak 15 peratus.
Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pemberhentian pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak, lapor The Malaysian Reserve.

Memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.


Sebelum ini Petronas menyatakan tidak akan membuang pekerja tetap syarikat itu sebaliknya sedang meneliti kembali pekerja kontrak.

Pada Selasa, The Wall Street Journal melaporkan Petronas merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.

Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan pengedaran risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.
Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan