Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah
Selasa, 12 Januari 2016
Orang Islam Diwajibkan Menghormati sesama Umat Islam dan Masyarakat yang Berlainan Agama
Ugama Islam telah mengajarkan kepada kita untuk mennghormati semua Umat Manusia walaupun Masyarakat yang bukan Islam.Sejarah menunjukkan kepada kita pentingnya ikatan perpaduan sesama umat. Ia sebati dalam kehidupan masyarakat islam yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui pengamatan sejarah generasi terdahulu. Malah, Sayyidina Umar al-khattab dalam surat perjanjian dengan masyarakat di Baitul Maqdis memberikan jaminan keamanan kepada mereka. Surat perjanjian itu antaranya menyebut ''Semua Gereja dan salibnya perlu dilindungi ''. Perjanjian ini berlaku kepada sekalian penduduk pada zaman islam dahulu yang dimana seluruh tempat beribadat mereka perlu dilindungi walau berlainan Agama. Seluruh penduduk bebas untuk menjalankan Agama masing-masing. Demikian sejarah Islam yang menunjukkan bahawa umat islam adalah pembawa keharmonian.
Islam menjengah ke suatu tempat yang melimpahkan sinaran kehidupan yang aman sentosa dan hidup dalam kerangka saling bertolenrasi sesama semua Manusia ciptaan Tuhan.
Sejarah juga membuktikan walaupun perpaduan umat islam mampu menguasai banyak kawasan musuh, ia tidak pernah memberikan kesan yang negatif, sebaliknya penduduk asal kawasan itu pula dihidangkan dengan suasana baharu penuh keharmonian dan sejahtera tanpa sebarang diskriminasi.
Mari kita melihat pada sejarah , sewaktu Tentera Islam di bawah Panglima Sayyidina Abu Ubaidah Al-Jarrah yang terpaksa mengunakan strategi berundur dari kawasn ditakhluki buat sementara waktu agar tentera Muslimin dapat bersiap sedia menghadapi kemaraan pasukan Maharaja Heraclius seramai lebih setengah juta orang. Jadi tiada kaedah ;lain sesuai digunakan melainkan mengarahkan tentera islam dari kawasan sedia ada demi membendung kemaraan Musuh. Perjalanan sejarah ini mungkin semua memahaminya, tetapi tahukah kita bahawa dalam pada panglima tentera Abu Ubaidah mengarahkan tentera berundur dari kawasan diduduki, terpahat satu lagi sejarah yang tiada tandinnya dalam sejarah Dunia.
Dicatatkan bahawa segala kutipan Jizyah oleh tentera islam daripada penduduk bukan islam yang mereka takhluki mereka memulangkan kembali.
Sambil mereka memulangkan kembali, Mereka berkata '' oleh kerana kami tidak lagi dapat mempertahankan anda sekalian, maka dengan ini kami kembalikan semula hasil Jizyah (cukai) yang telah kami kutip. Pengajaran yang dapat kita perolehi ialah apabila mereka yang bukan islam duduk di negara kita di bawah jajahan Negara Islam kita wajib melindungi mereka, keselamatan mereka, harta mereka , keluarga mereka walaupun mereka berlainan agama kita wajib menjaga mereka itu yang diunjurkan oleh Nabi Muhammad s.aw.
Ini adalah pancaran tindakan yang benar-benar ikhlas dan contoh sikap amanah yang patut dicontohi oleh Umat Islam keatas penduduk yang mereka kuasai.
Pada ketika itu penduduk di kawasan tersebut berasa terkejut kerana Tentera Islam hendak meninggalkan mereka. Buat sekian lama mereka bersama di bawah naungan tentera islam, mereka dapat menikmati kehidupan dalam suasana yang sejahtera.
Tambah mengangumkan mereka apabila orang islam mahu berundur itu sanggup memulangkan hasil kutipan jizyah. Hal sebegini tidak pernah mereka saksikan. Bahkan, ada dalm kalangan mereka menitiskan air mata kerana terharu tatkala tentera islam mula diundurkan dari kawasan mereka.
Tidakkah ini sebagai satu bukti bahawa kehadiran islam adalah penyelamat kepada kezaliman, sekaligus mewujudkan suasana baharu yang penuh Harmoni..?
Dengan Nama Tuhan bahawasanya Agama Islam adalah agama yang menyuruh semua penganutnya berbuat kebaikan , bertolenrasi dan menghormati keatas semua manusia diatas muka bumi ini. Dan Kitab Al-Quran milik orang islam adalah sebagai bukti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan