Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Selasa, 26 Januari 2016

Profil Hartawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

Tan Sri yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang singkat.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar

– Tahun lahir : 1951
– Pendidikan: SPM
– Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
– Kekayaan: AS$1,700 juta
– Ke 8 terkaya di Malaysia
– Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
– Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
– Kereta: Proton Perdana
– Sumbangan sosial :

Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.






Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?



Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Berikut adalah merupakan antara ekstrak ucapan beliau.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.


37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


Berikut yang dipesan Oleh Hartawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary...............

Syarikat Minyak Negara Petronas Mengalami Krisis Ekonomi


                 


Seperti kita sedia maklum Tahun 2015 adalah sebuah Tahun yang perih untuk Negara Malaysia. Masalah Ekonomi melanda kita dimana kegawatan yang dilanda negara diikuti penutupan beberapa buah syarikat yang telah lama bertapak terpaksa berkubur menandakan teruknya pasaran pada ketika itu sehingga ada yang menyamakan peristiwa ini sama  berulang kembali seperti Tahun 1998.

Tetapi kita bernasib pada ketika itu apabila Negara dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed yang melakukan beberapa tindakan dan perancangan yang bijak sehingga kita dapat mengawal Negara ketika itu walaupun dilanda kepincangan Ekonomi yang teruk sewaktu Tahun 1998 sehingga memaksa negara jiran kita indonesia meminjam sejumlah wang dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menunjukkan betapa teruknya Ekonomi pada ketika itu. Tetapi Bantuan itu tidak diambil dan dibenarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed.
Adakah Asia Tenggara dilanda Krisis Ekonomi kembali..??
Nampaknya kegawatan Ekonomi pada Tahun 2015 tidak akan berhenti sampai disini apabila ianya dilihat akan berterusan sehingga ke Tahun seterusnya.

Kita sekali lagi dikejutkan pada Tahun awal 2016 ini , apabila Syarikat Minyak Negara Petronas sebuah Syarikat yang terbesar bagi negara yang banyak menyumbang kepada pendapatan Negara , dan dilihat sebuah syarikat yang Gah ini pula dilanda masalah apabila Harga Minyak Mentah Dunia jatuh beberapa setong. Ini bukanlah sebuah berita yang baik , ini sudah pasti menjejaskan pendapatan Negara. Ianya  bertambah buruk apabila sebuah Syarikat besar Negara Petronas dilanda krisis.

Kini berita mengatakan Syarikat Minyak Negara Petronas akan melakukan beberapa tindakan antaranya dengan memotong sejumlah perbelanjaan dan pembuangan pekerjaan seperti yang akan dilakukan oleh beberapa syarikat-syarikat yang lain.

Berikut kenyataan melibatkan Syarikat Minyak Negara Petronas yang dipetik dari beberapa sumber:



Petronas merancang untuk memotong sebanyak RM50 bilion bagi perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh empat tahun, lapor Reuters yang memetik The Wall Street Journal.

Syarikat minyak negara, yang menyumbang separuh pendapatan minyak Malaysia, akan menunda beberapa projek, lapor portal itu yang memetik memo dalaman syarikat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Sementara itu Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa ia telah mengedarkan risalah komunikasi dalaman sebagai sebahagian usaha mengoptimumkan kos dalam berdepan impak kejatuhan harga minyak mentah.

Bagaimanapun ia enggan mendedahkan kandungan memo berkenaan dan sebarang makluman lanjut akan diumumkan pada satu masa yang ditetapkan.

Petronas berdepan kelemahan harga minyak yang jatuh terendah sejak 2003 pada Isnin. Harga jatuh lebih 70 peratus sejak 18 bulan lepas selepas pengeluar terus meningkatkan pengeluaran meskipun kelemahan permintaan.

Wan Zulkiflee dalam temubual bersama Bloomberg baru baru ini menegaskan syarikat berdepan tempoh mencabar bagi tempoh dua ke tiga tahun, namun yakin harga minyak akan pulih meskipun tidak berkongsi tempoh sebenar pemulihan.

Pada Februari tahun lepas, Petronas berkata ia merancang memotong modal perbelanjaan sebanyak 10 peratus dan perbelanjaan operasi sebanyak 30 peratus pada 2015.

Ia juga berkata pada ketika itu, bahawa syarikat bakal memotong modal perbelanjaan 2016 sebanyak 15 peratus.
Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pemberhentian pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak, lapor The Malaysian Reserve.

Memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.


Sebelum ini Petronas menyatakan tidak akan membuang pekerja tetap syarikat itu sebaliknya sedang meneliti kembali pekerja kontrak.

Pada Selasa, The Wall Street Journal melaporkan Petronas merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.

Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan pengedaran risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.
Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016.

Selasa, 19 Januari 2016

Perkongsian Sang Guru Mursyid: Berhentilah Menjadi Gelas , dan Jadilah Seperti Danau yang Luas.


                             


“Seorang guru sufi mendatangi seorang murid nya ketika wajah nya belakangan ini selalu tampak murung.
“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana pergi nya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habis nya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”
Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan Guru nya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

“Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu coba kau minum air nya sedikit.”
Si murid pun melakukan nya. Wajah nya kini meringis karena meminum air asin.

“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.

“Asin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah murid nya yang meringis keasinan.

“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa murid nya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa asin di mulut nya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulut nya, tapi tak dilakukan nya. Rasa nya tak sopan meludah di hadapan Mursyid, begitu pikir nya.

“Sekarang, coba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk diduduki nya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangan nya, mengambil air danau, dan membawa nya ke mulut nya lalu meneguk nya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokan nya, Sang Guru bertanya kepada nya, “Bagaimana rasa nya?”

“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibir nya dengan punggung tangan nya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan air nya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulut nya.

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”

“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminum nya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikan nya, membiarkan murid nya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah murid nya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyak nya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh ALLAH, sesuai untuk dirimu. Jumlah nya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan.

“Tapi Nak, rasa ‘asin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besar nya qalbu yang menampung nya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”"
===

Sabtu, 16 Januari 2016

The Personel Blogger Journal Azwan Syed Abdullah: Taklimat Peluang Menjadi Usahawan Dalam Pendidikan Al-Quran (Bersama Rangkaian Akademi Al-Quran)


Perkongsian Awal Tahun 2016:
Taklimat Peluang Menjadi Usahawan Dalam Pendidikan Al-Quran.



Saya sahaja ingin berkongsikan mengenai sebuah program Terbaru '' TAKLIMAT PELUANG MENJADI USAHAWAN DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN'' yang diasaskan oleh Puan Guru Ainon Mohammad. Beliau adalah merupakan seorang Guru Usahawan dan pengasas kepada Syarikat ABS Consulting yang banyak mengasaskan  , pembelajaran , ilmu pengetahuan ,  perkongsian dalam pelbagai jenis bidang perniagaan. Saya selalu mengikuti perkembangan beliau Puan guru Ainon Mohd selaku Guru saya dan salah seorang yang saya Hormati :)  ,

Puan Guru Ainon Mohammad  diatas Nama Syarikat ABS Consulting pada 21 Januari 2016 telah bercadang untuk membuat sebuah program khas yang diberi nama '' Taklimat Peluang Menjadi Usahawan Dalam Pendidikan Al- Quran '' penyertaan adalah PERCUMA:

Bagi yang Berminat boleh menghubungi:

Rangkaian Akademi Al Quran ABS
Peluang membuka pusat pendidikan Al-Quran bersama ABS.
Mohon PM: Tuan Zulfakar Amshaqiq.
Wassap: 018 989 9931
Masuk PERCUMA.

Jumaat, 15 Januari 2016

Perjanjian TPPA yang Diwujudkan oleh Negara Amerika Syarikat . Jika TPPA Banyak Manfaat, Mengapa Thailand, Filipina Tidak Menyertai Perjanjian TPPA?





      Seperti kita sedia maklum , Negara Amerika Syarikat telah Menciptakan sebuah Perjanjian Perdagangan bebas yang dikenali sebagai Perjanjian (TPPA) yang mahukan Negara-negara tertentu untuk menyertainya. Perjanjian TPPA  sebuah perjanjian Trans - pasifik untuk mewujudkan sebuah perdagangan bebas terbuka (tanpa sempadan) kepada kesemua negara-negara ahli yang dikatakan baik untuk Negara.

Seorang pakar ekonomi negara, Jomo Kwame Sundaran melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan diri.

"Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat?

"Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?" soalnya selepas menghadiri forum TPPA 2016, anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.

Dalam kes Indonesia, jelas beliau, ada yang berhujah bahawa negara itu mempunyai kerajaan yang baru dan ditambah semangat nasionalisme yang menebal menyaksikan mereka menarik diri daripada TPPA.

"Bagi Singapura pula, mereka mempunyai lebih banyak konsesi daripada apa yang terdapat dalam TPPA. Jadi bagi mereka, perjanjian itu tidak membebankan langsung.

“Brunei adalah sebuah negara yang kecil yang tidak cuba untuk membangunkan. Harapan mereka minyaknya akan kekal selama-lamanya.

"Dalam kes Vietnam, mereka telah buat pengiraan Mereka pernah berperang dengan China kira-kira 35 tahun yang lalu, mereka mempunyai banyak masalah dengan China, mereka sangat kecewa dengan kerajaan China, jadi mereka membuat keputusan strategik iaitu bersama Amerika Syarikat," kata bekas pegawai kanan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu.

Dengan memeterai TPPA, Jomo berkata, Najib akan menguburkan ikrar bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin yang mahu menjadikan ASEAN sebagai 'zon keamanan, kebebasan dan berkecuali (ZOPFAN).

Menurutnya, bukan menjadi rahsia bahawa agenda utama TPPA bagi Amerika Syarikat adalah untuk mengecualikan China.

"Kita boleh fahami, mengapa Vietnam, bekas seteru ketat Amerika berminat untuk menyertai TPPA iaitu untuk menguatkan hubungan dua hala dengan jiran gergasinya yang sukar itu.

"Tetapi mengapa kerajaan Malaysia begitu berminat untuk menyertai sedangkan manfaat ekonominya adalah meragukan serta risiko yang besar yang terlibat?” soalnya lapor Malaysiakini 


Khamis, 14 Januari 2016

Perkongsian Awal Tahun 2016 : Cara - cara Menyelesaikan Hutang Mengikut Strategi yang Dilakukan Oleh Orang Kaya


Perkongsian Awal Tahun 2016 : Bagaimana cara - cara orang kaya melunaskan Hutang
Oleh : Tuan Abdul Rashid (Seorang Ahli Perniagaan).

                         



Orang Kaya mempunyai cara - cara mereka bagaimana Strategi mereka menguruskan Hutang mereka. Setiap orang mempunyai hutang tidak terkecuali lah pada kita semua, seperti ada yang berhutang untuk menampung perbelanjaan keluarga , ada yang berhutang untuk melanjutkan pelajaran , ada yang berhutang untuk membeli kereta , hutang kad kredit , ada yang berhutang untuk membeli rumah dan sebagainya, Keadaan akan bertambah buruk lagi apabila  Ekonomi Malaysia jatuh merundum merosot dan kenaikan harga barang yang kian menjadi-jadi. Masalah ini kadang - kadang membuatkan kita pening untuk memikirkan bagaimana ingin keluar dari Masalah ini,  termasuk atas semua Hutang - hutang dan Masalah yang dihadapi oleh kita semua.

Tetapi perasan atau tidak apabila kita melihat ramai Orang-orang Kaya yang diluar sana lihat sahaja seperti mereka tiada masalah. Perasan atau tidak, apabila Ekonomi jatuh sekalipun mereka seperti tiada apa-apa sedangkan mereka juga mempunyai Hutang - hutang seperti kita, apatah lagi mungkin mereka mempunyai Hutang yang lebih besar daripada kita, seperti kita sedia maklum kerjaya mereka sebagai seorang Ahli Perniagaan yang mempunyai banyak perniagaan yang memerlukan mereka untuk berhutang bagi membesarkan Empayar. Apakah rahsia mereka ? apakah yang dilakukan oleh mereka ? Untuk pengetahuan Anda ,  Orang Kaya mempunyai cara mereka sendiri untuk melangsaikan hutang. Cara Orang-orang kaya melunaskan Hutang tidak sama dengan cara - cara kita melunaskan Hutang ,. Mereka mempunyai strategi mereka sendiri dan  permainan mereka sendiri untuk melunaskan pelbagai Hutang-hutang mereka. Mari kita lihat perkongsian strategi bagaimana Orang Kaya menguruskan dan Melangsaikan hutang - hutang mereka.

Berikut adalah perkongsian dari Tuan Abd Rashid yang merupakan seorang Ahli Perniagaan yang Berjaya. Mari dengar perkongsian dari beliau bagaimana cara beliau membayar hutang begitu juga yang dilakukan  sama seperti yang dilakukan oleh Ahli - ahli perniagaan yang lain.


Semoga Bermanfaat......................

Selasa, 12 Januari 2016

Orang Islam Diwajibkan Menghormati sesama Umat Islam dan Masyarakat yang Berlainan Agama



Ugama Islam telah mengajarkan kepada kita untuk mennghormati semua Umat Manusia walaupun Masyarakat yang bukan Islam.Sejarah menunjukkan kepada kita pentingnya ikatan perpaduan sesama umat. Ia sebati dalam kehidupan masyarakat islam yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui pengamatan sejarah generasi terdahulu. Malah, Sayyidina Umar al-khattab dalam surat perjanjian dengan masyarakat di Baitul Maqdis memberikan jaminan keamanan kepada mereka. Surat perjanjian itu antaranya menyebut ''Semua Gereja dan salibnya perlu dilindungi ''. Perjanjian ini berlaku kepada sekalian penduduk pada zaman islam dahulu yang dimana seluruh tempat beribadat mereka perlu dilindungi walau berlainan Agama. Seluruh penduduk bebas untuk menjalankan Agama masing-masing. Demikian sejarah Islam yang menunjukkan bahawa umat islam adalah pembawa keharmonian.
Islam menjengah ke suatu tempat yang  melimpahkan sinaran kehidupan yang aman sentosa dan hidup dalam kerangka saling bertolenrasi sesama semua Manusia ciptaan Tuhan.

Sejarah juga membuktikan walaupun perpaduan umat islam mampu menguasai banyak kawasan musuh, ia tidak pernah memberikan kesan yang negatif, sebaliknya penduduk asal kawasan itu pula dihidangkan dengan suasana baharu penuh keharmonian dan sejahtera tanpa sebarang diskriminasi.

Mari kita melihat pada sejarah , sewaktu Tentera Islam di bawah Panglima Sayyidina Abu Ubaidah Al-Jarrah yang terpaksa mengunakan strategi berundur dari kawasn ditakhluki buat sementara waktu agar tentera Muslimin dapat bersiap sedia menghadapi kemaraan pasukan Maharaja Heraclius seramai lebih setengah juta orang. Jadi tiada kaedah ;lain sesuai digunakan melainkan mengarahkan tentera islam dari kawasan sedia ada demi membendung kemaraan Musuh. Perjalanan sejarah ini mungkin semua memahaminya, tetapi tahukah kita bahawa dalam pada panglima tentera Abu Ubaidah mengarahkan tentera berundur dari kawasan diduduki, terpahat satu lagi sejarah yang tiada tandinnya dalam sejarah Dunia.

Dicatatkan bahawa segala kutipan Jizyah oleh tentera islam daripada penduduk bukan islam yang mereka takhluki mereka memulangkan kembali.
Sambil mereka memulangkan kembali, Mereka berkata '' oleh kerana kami tidak lagi dapat mempertahankan anda sekalian, maka dengan ini kami kembalikan semula hasil Jizyah (cukai) yang telah kami kutip. Pengajaran yang dapat kita perolehi ialah apabila mereka yang bukan islam duduk di negara kita di bawah jajahan Negara Islam kita wajib melindungi mereka, keselamatan mereka, harta mereka , keluarga mereka walaupun mereka berlainan agama kita wajib menjaga mereka itu yang diunjurkan oleh Nabi Muhammad s.aw.

Ini adalah pancaran tindakan yang benar-benar ikhlas dan contoh sikap amanah yang patut dicontohi oleh Umat Islam keatas penduduk yang mereka kuasai.
Pada ketika itu penduduk di kawasan tersebut berasa terkejut kerana Tentera Islam hendak meninggalkan mereka. Buat sekian lama mereka bersama di bawah naungan tentera islam, mereka dapat menikmati kehidupan dalam suasana yang sejahtera.
Tambah mengangumkan mereka apabila orang islam mahu berundur itu sanggup memulangkan hasil kutipan jizyah. Hal sebegini tidak pernah mereka saksikan. Bahkan, ada dalm kalangan mereka menitiskan air mata kerana terharu tatkala tentera islam mula diundurkan dari kawasan mereka.
Tidakkah ini sebagai satu bukti bahawa kehadiran islam  adalah penyelamat kepada kezaliman, sekaligus mewujudkan suasana baharu yang penuh Harmoni..?

Dengan Nama Tuhan bahawasanya Agama Islam adalah agama yang menyuruh semua penganutnya berbuat kebaikan , bertolenrasi dan menghormati keatas semua manusia diatas muka bumi ini. Dan Kitab Al-Quran milik orang islam adalah sebagai bukti.








Jumaat, 1 Januari 2016

The Personel Blogger Azwan Syed Abdullah: Selamat Datang Tahun 2016

Welcome 2016 New Years
Dari Meja pengarang: Azwan Syed Abdullah



Tahun 2015 sudah pun melabuhkan Tirai..kini bermula-lah sebuah catatan sejarah baru , cerita baru , kisah yang baru kini bermulalah kita di sebuah Tahun 2016 tahun yang dimana mungkin pelbagai cabaran yang kita perolehi sepanjang Tahun ini.

Tahun (2015) yang lepas telah membuktikan dimana kita mengharungi Masalah Ekonomi yang sulit yang agak sukar dimana penurunan Nilai Ringgit kita sebanyak RM 4 bersamaan ( 1 Dollar ). Ini adalah jurang yang amat menakutkan tidak terkecuali oleh rakyat Malaysia sahaja tetapi dihadapi oleh seluruh Negara di Dunia. Negara China jika kita lihat mengalami susutan Ekonomi mereka sedangkan mereka adalah salah satu kuasa pemegang Ekonomi.

Saya menuliskan berdasarkan ilmu pengetahuan yang saya perolehi , mungkin ada insan-insan yang lebih hebat dari saya mungkin ada ahli-ahli korporat yang mempunyai kajian mereka sendiri. Tetapi pada pendapat saya Ekonomi kita pada Tahun lepas (2015) adalah sangat teruk. Tidak termasuk masalah dalaman yang kita alami seperti kes 1MDB dan sebagainya yang saya tidak tahu entah dari mana datangnya adakah ianya sebuah Agenda perancangan golongan-golongan tertentu ..?? entah lah , itu cuma berdasarkan Teori.

Kepimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak di dalam memimpin Negara sering dipersoal oleh seluruh penduduk di Negara Malaysia adakah benar beliau boleh memimpin ? terlalu banyak masalah yang kita hadapi yang sehingga sekarang masih belum diselesaikan. Kos sara hidup meningkat , harga Minyak naik , sering menhimpit seluruh penduduk Malaysia. Saya tidak menyalahkan Datuk Seri Najib sepenuhnya , kerana saya berpendapat tidak mudah untuk memimpin. Ada yang mengatakan kita akan kecundang dan bankrap seperti Negara Greece. Pada pendapat saya Negara Malaysia tidak akan Bankrap jika mempunyai aset-aset yang terbaik dan pengurusan yang bijak.
Saya ada membaca sebuah buku kewangan dan Ekonomi Negara Malaysia yang saya dapati Negara kita sebenarnya tidak Miskin , Negara kita kaya , sebenarnya kita mengalami kelenahan di dalam Belanjawan. Ya , kebanyakan di Negara-negara seluruh Dunia pon mengalami masalah yang sama. Negara Malaysia sebenarnya adalah sebuah Negara yang kaya.

Dunia Islam sering dihimpit dan dipersalahkan apabila Tahun lepas kita menyaksikan akan kehadiran kumpulan Islamic State (IS). Sebenarnya ini tidak memeranjatkan kerana terlalu banyak kumpulan-kumpulan baharu yang muncul yang mengelarkan diri mereka sebagai Mujahidin yang Berjihad di Jalan Tuhan, di atas nama Tuhan tetapi berbunuhan sesama saudara sendiri.
Ini berlarutan penduduk Islam dibantai , dihukum dengan kejam ditindas , masih ingat Negara Palestine yang berjuang beratus Tahun untuk sebuah kemerdekaan ? Negara Iraq , Syria dimanakah keadilan ? seluruh Negara Islam diam seribu bicara keras seperti patung. Aset ketenteraan terlalu banyak tetapi disimpan untuk pertunjukan, sedangkan penduduk Islam dibantai sesuka hati oleh puak-puak Rejim Zionis , seperti kita tidak boleh berbuat apa-apa.

Saya adalh seorang Manusia yang sukakan kebebasan , saya suka memandang pokok , saya suka memandang awan , saya sukakan udara segar ciptaan Tuhan. Saya tidak suka dikongkong oleh mana-mana Organisasi atau apa-apa pon jika ada saya akn cuba melepaskan diri dan membuat sistem saya sendiri.Begitulah saya berharap pada Tahun 2016 ini , semoga kita akan terus mencapai kemerdekaan dan keharmonian di dalam Negara kita yang Tercinta ini. Saya doakan semua penduduk di Negara Malaysia selalu dipermudahkan urusan , dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat seisi keluarga oleh Allah s.w.t. Aminnn ya rabbalaminnnn......