Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Sabtu, 20 Februari 2016

Disebalik Pentadbiran Biodata Marina Mahathir


Datin Paduka Marina binti Mahathir merupakan aktivis sosial di Malaysia.Beliau membesar di Alor Star,Kedah dan lulusan Universiti Sussex, Britain. Marina merupakan anak sulung kepada pasangan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.Marina pernah berkahwin dengan lelaki Perancis dan mendapat anak perempuan sulung, Ineza (18) yang kini di Universiti Melbourne. Setelah berkenalan pada 1993, Marina berkahwin dengan Tara Sosrowardoyo (47), seorang jurufoto profesional pada 7 Jun 1998 dan mendapat dua anak.Anak lelaki, Haga Tara (17) belajar di Jakarta. Anak bongsu perempuannya, Sharistal Maryada Sosrowardoyo di Tahun Satu, Kuala Lumpur.
Beliau mempunyai syarikat penerbitan,Mosaique (bahasa Perancis) yang antara lain menerbitkan buku-buku coffee table , kraf tangan dan buku ensiklopedia Malaysia
.
Pembela mangsa HIV/ AIDS.

Beliau merupakan bekas Presiden Majlis AIDS Malaysia [2]- sebuah badan payung 40 buah NGO yang membantu mangsa HIV / AIDS di Malaysia - peranan yang dipegangnya selama 12 tahun dari 1993 hingga 2005.Beliau mencadangkan kerajaan menyediakan rawatan anti-viral secara percuma untuk rakyat Malaysia yang mengidap HIV.Jarum suntikan dan kondom diberi kepada penagih dadah mulai Januari 2005 agar mencegah mereka daripada HIV/AIDS (ODHA).Ubat generik melibatkan rundingan antara Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Pada 2003,Dr. Nafis Sadik pernah berpesan kepada ahli agama supaya tidak mengutuk dan mengeji mereka yang dijangkiti HIV tetapi mendekati mereka dengan kasih sayang dan persaudaraan..


Sisters in Islam
 (SIS).
.Menentang keganasan terhadap wanita 
Beliau kini merupakan ahli Lembaga Sisters in Islam (SIS)   (SIS), kumpulan yang berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan bagi wanita Islam.

Sebagai blogger, pandangan beliau dikemukakan disiarkan setiap dua minggu, Musings, The Star; menghasilkan program TV untuk wanita muda, menulis dan bercakap secara berkala terhadap isu-isu wanita, terutamanya berkaitan dengan Islam, gender dan HIV / AIDS.


TERSENARAI 100 ORANG YANG PALING MEMBERI INSPIRASI TERHADAP PERLINDUNGAN KAUM WANITA DAN KANAK-KANAk
.


Datin Paduka Marina binti Mahathir dan 
Zainah Anwar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia dalam "100 Suara Wanita"senarai 100 orang yang paling memberi inspirasi untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia oleh 'Women Deliver' yang berpusat di New York.  Beliau melancarkan kempen “Lelaki Menentang Keganasan” - satu pergerakan global di mana ramai lelaki di seluruh dunia membuat perjanjian untuk tidak melakukan, memaafkan atau berdiam diri mengenai keganasan terhadap wanita dan gadis.  Dalam persidangan mengenai agama, kepercayaan dan hak wanita di Atlanta, Amerika Syarikat , beiau kagum mendengar tentang usaha pemimpin Islam dan Kristian di beberapa negara di Afrika untuk memerangi keganasan terhadap wanita. Di Senegal,imam bekerja dengan pertubuhan Tostan berjaya memujuk lebih 4,000 kampung menghentikan tradisi menyunat wanita yang mengakibatkan banyak masalah kesihatan termasuk HIV dan kematian. Rekod polis dari 1994-2011 terdapat 3000 laporan keganasan rumah tangga di Malaysia.Keganasan terhadap wanita boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa atau cara berpakaian. Lelaki sepatutnya menjadi abang, bapa saudara, suami, anak atau teman lelaki


1 ulasan:

  1. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    BalasPadam