Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Dari Meja Pengarang Azwan Syed Abdullah

Rabu, 25 November 2015

TPPA Kesan Jangka Masa pada Ekonomi Negara - oleh Prof Dr. Agus Yusoff





Perjanjian TPPA perdagangan rantau Asia-Pacific yang melibatkan Amerika Syarikat, Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, Japan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, and Vietnam.



TPPA dan kesan jangka panjang pada ekonomi negara - ikuti ulasan Prof Dr Agus Yusoff.
Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan... baca lanjut:-
SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.
TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.
Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.
Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?
Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:
i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?
ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.
iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.
iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.
v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?
vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:
i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.
ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.
iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.
Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.
Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.
Sekadar perkongsian utk generasi kita akan datang.



Mari kita dengar pula apa pendapat Mantan perdana menteri kita:

‘’’ Sekiranya perjanjian TPPA ini diteruskan, kita akan lihat eksport akan berkurang dan import akan meningkat. Ini tidak baik untuk ekonomi Negara. Bila berlaku ini, Negara akan mengalami defisit. Ia suatu yang amat merugikan......’’’

Tun Dr. Mahathir Mohammed
( Bekas Perdana Menteri Malaysia )

Isnin, 16 November 2015

Gred Gaji Jawatan Utama Sektor Awam ( JUSA ) yang Ramai Dari Kita Tidak Tahu

Jawatan Utama Sektor Awam ( JUSA )


Dipetik dari : Blog Ammar

MAKSUD JUSA DAN GRED GAJI
Apa itu JUSA? Mungkin ramai yang tertanya-tanya apabila melihat kereta mewah yang tertulis JUSA A, JUSA B, JUSA C pada nombor platnya. Untuk pengetahuan semua, JUSA adalah singkatan dari perkataan Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA).
JUSA terbahagi kepada beberapa kelas iaitu JUSA A, JUSA B dan JUSA C. Setiap kelas atau gred JUSA ini mempunyai gaji pokok dan elaun yang berbeza-beza. JUSA A adalah gred jawatan yang menerima gaji pokok paling tinggi. Untuk penerangan yang lebih jelas lagi lihat senarai di bawah:
JUSA C (Gred Khas C/VK7/VU7)
Gaji Pokok: RM7,189-RM14,587 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM2,500
Elaun Perumahan: RM1,300
Elaun Insentif Khas: RM500
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Pengarah Negeri/Pengarah Bahagian/Setiausaha Bahagian/Professor Universiti Gred Khas C/Pendaftar Universiti JUSA C/Pengetua Cemerlang JUSA C/Timbalan Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas C/Doktor Perubatan Gred Khas C/Doktor Pakar Gred Khas C/Timbalan Pengarah Hospital Besar/Pengarah Hospital Besar/Timbalan Ketua Polis Negeri/Ketua Polis Negeri/Deputi Komisioner Polis/Brigedier Jeneral Tentera Darat/Laksamana Pertama Tentera Laut/Brigedier Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.
JUSA B (Gred Khas B/VK6/VU6)
Gaji Pokok: RM7,788-RM15,900 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM3,050
Elaun Perumahan: RM1,600
Elaun Insentif Khas: RM750
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Timbalan Pengarah Kementerian/Timbalan Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas B(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Pendaftar Universiti JUSA B/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA B/Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas B/Doktor Perubatan Gred Khas B/Doktor Pakar Gred Khas B/Timbalan Pengarah Hospital Besar/Pengarah Hospital Besar/Ketua Polis Negeri/Senior Deputi Komisioner Polis/Mejar Jeneral Tentera Darat/Laksamana Muda Tentera Laut/Mejar Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.
jusa.png
JUSA A (Gred Khas A/VK5/VU5)
Gaji Pokok: RM8,465-RM17,331 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM4,000
Elaun Perumahan: RM2,000
Elaun Insentif Khas: RM1,250
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM2,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas A(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA A/Naib Canselor Universiti JUSA A/Timbalan Rektor Universiti JUSA A/Rektor Universiti JUSA A/Timbalan Ketua Pendaftar Kehakiman/Pengarah Jabatan (Komisioner Polis) Polis Diraja Malaysia/Leftenan Jeneral Tentera Darat/Laksamana Madya Tentera Laut/Leftenan Jeneral Tentera Laut dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan juga gelaran Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Sebagai tambahan, berikut adalah gaji dan elaun bagi jawatan gred TURUS:
TURUS III (Gred Khas TURUS III/VK4/VU4)
Gaji Pokok: RM9,315-RM18,891 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5000
Elaun Perumahan: RM2500
Elaun Insentif Khas: RM1,500
Elaun Pembantu Rumah: RM1000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS III (Layak mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Naib Canselor Universiti TURUS III/Rektor Universiti Turus III/Ketua Pendaftar Kehakiman/Timbalan Ketua Polis Negara/Jeneral Tentera Darat/Laksamana Tentera Laut/Jeneral Tentera Udara/Ketua Pesuruhjaya SPRM/Ketua Pengarah Kastam Di-Raja/Ketua Hakim Syariee/Akuantan Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
TURUS II (Gred Khas TURUS II/VK3/VU3)
Gaji Pokok: RM10,242-RM20,402 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,100
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM1,750
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3,500 
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah/Ketua Pengarah Kesihatan/Ketua Audit Negara/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS II (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Ketua Polis Negara (Inspektor Jeneral Polis)/Panglima Angkatan Tentera (Jeneral/Laksamana)/Timbalan Peguam Negara/Timbalan Ketua Hakim Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
TURUS I (Gred Khas TURUS I/VK2/VU2)
Gaji Pokok: RM11,021-RM22,034 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,200
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM2,000
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM4,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/Peguam Negara/Ketua Hakim Negara/Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS I (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja) dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Ketua Setiausaha Negara/KSN (VK1/VU1)
Gaji Pokok: RM11,971-RM23,577 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,300
Elaun Perumahan: RM3,000
Elaun Insentif Khas: RM2500
Elaun Pembantu Rumah: RM2,000
Elaun Tetap Jawatan KSN: RM4,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM333
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Negara. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Diharap maklumat yang diberikan di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengetahui mengenai jawatan Gred JUSA, Gred TURUS dan Gred KSN. Jika terdapat kesilapan mengenai maklumat tersebut diharap diperbetulkan. Setakat ini, itu sahaja maklumat yang boleh diterima mengenai jawatan tersebut.

Sabtu, 14 November 2015

14 Golongan Orang Yang Akan Didoakan Para Malaikat



Bismillahirahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih....
Sebagaimana yang telah diceritakan dalam Al-Qur’an dan Sunnah, Mengenai kedudukan para Malaikat yang selalu mentaati segala apa yang diperintah oleh Allah SWT. Bahkan Malaikat yang memiliki sifat ketaatan yang begitu tinggi kepada Tuhan ini, senantiasa juga selalu mendoakan kepada para golongan umat yang dikehendakinya. Maka dari itu, tentunya kita semua bisa sedikit menilik akan siapa saja yang akan mendapatkan do’a dari para Malaikat tersebut, agar kita semua bisa lebih berpacu dalam menggapai Ridho Sang Ilahi. 

Keberkahan dalam hidup di dunia dan akhirat, itulah yang menjadi idaman bagi semua umat manusia yang selalu taat kepada Sang Pencipta. Sungguh luar biasa, di kala para Malaikat juga senantiasa mendoakan kepada hamba Allah yang taat tersebut. Hingga mereka semua bisa lebih mudah untuk mencapai jalan kebenaran yang diridhoi oleh Allah SWT. Dan berikut merupakan 14 golongan orang yang didoakan oleh para Malaikat Allah SWT.

1. Orang tidur malam dalam keadaan bersuci
Berdasarkan keterangan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW, dalam haditsnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban, Bahwa ada salah satu golongan yang didoakan oleh para Malaikat. Yakni bilamana ada seseorang yang selalu keadaan suci (berwudhu) hingga sampai ia dalam keadaan tidur sekalipun, Maka golongan orang yang seperti ini, para Malaikat Allah akan selalu mendoakannya. 

2. Orang yang duduk di tempat setelah melaksanakan shalat
Para Malaikat Allah akan selalu mendoakan bagi orang yang telah melakukan shalat, setelah itu duduk di dalam tempat tersebut (tidak dalam keadaan batal wudlunya). Yang mana Malaikat akan berdo’a kepada Allah, “Ya Allah, Ampunilah dan sayangilah ia”. Hal demikian memang sesuai dengan apa yang telah dijelaskan dalam hadits Nabi, yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hurairah R.A.

3. Seseorang yang menjenguk orang Sakit
Dalam hadits Nabi yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ali bin Abi Thalib, menjelaskan bahwa Allah akan mengutus sebanyak 70.000 Malaikat untuk mendoakan bagi orang mukmin yang menjenguk saudaranya yang sedang sakit.  Dan para Malaikat pun senantiasa ber-shalawat kepadanya. Sehingga memang sudah selayaknya bagi kita sesama umat Muslim untuk menjenguk bilamana ada saudara, tetangga, bahkan kerabat yang sedang ditimba musibah atau sakit.

4. Orang yang berada di shaf barisan depan ketika shalat berjamaah
Berdasarkan hadits yang telah disabdakan Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu khuzaimah, Menjelaskan bahwa senantiasa Allah SWT beserta para Malaikat-Nya akan ber-shalawat kepada orang yang berada di shaf terdepan ketika menjalankan shalat berjamaah. Sehingga selain mendapatkan fadhilah akan shalat berjamaah, bagi mereka yang berada di shaf bagian paling depan, maka para Malaikat pun senantiasa juga mendoakan mereka.

5. Orang yang mengucapkan “Amiin” Setelah Imam membaca Al-Fatihah
Di kala ada seorang Imam yang sedang membaca surat Al fatihah kemudian makmum menjawabnya dengan ucapan “Amiin”, maka senantiasa Malaikat pun juga mengucapkan lafadz “Amiin” tersebut. Dan bagi para makmum dan imam yang sedang melakukan shalat berjamaah, maka dari situ para Malaikat akan mendoakan mereka semua. Hal demikian memang sesuai dengan apa yang telah dijelaskan dalam hadits Nabi, yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah R.A.

6. Orang yang tidak membiarkan Shaf kosong ketika shalat berjamaah
Bagi orang yang selalu mengisi shaf-shaf yang kosong atau menyambung shaf tersebut agar tidak kosong, maka para Malaikat akan senantiasa bershalawat kepada orang tersebut. Karena membiarkan barisan shaf yang kosong, sama halnya memberi peluang setan untuk menggoda setiap hamba Allah yang sedang beribadah kepada-Nya. Hal tersebut sesuai dengan hadits yang telah diriwayatkan oleh para ‘’Perawi’’ hadits yakni Imam Ahmad, Ibnu majah, Ibnu khuzaimah, Dan Al-Hakim

7. Orang yang duduk menunggu waktu shalat
Dengan mempersiapkan diri untuk selalu dalam keadaan  bersuci, serta menunggu waktu shalat sambil duduk di masjid, Maka Para Malaikat akan senantiasa mendoakan orang tersebut, “ Ya Allah, Ampunilah ia, Ya allah sayangilah ia”. Hal demikian berdasarkan hadits yang telah diriwayatkan olehImam Muslim dari perawinya yakni, Abu Hurairah R.A.

8. Orang yang melaksanakan shalat Subuh dan ‘Ashar berjamaah
Para Malaikat akan senantiasa memintakan pengampunan kepada Allah SWT, bagi siapa saja yang selalu menyempatkan dirinya untuk shalat berjamaah pada waktu shalat Subuh dan ‘Ashar. Dan begitulah penjelasan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW, dalam hadits beliau yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Hurairah R.A.

9. Orang yang berinfak
Dalam hadits shahih yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, menjelaskan bahwa ada dua Malaikat yang senantiasa mendoakan orang yang suka berinfak, dan mendoakan celaka bagi orang yang ‘’bakhil’’. Salah satu dari kedua Malaikat tersebut berdoa: “ Ya Allah, Berikanlah ganti bagi orang yang berinfak”. Sedangkan salah satu Malaikat lainnya juga berdoa “Ya Allah, Hancurkanlah harta orang yang pelit ( bakhil)”. Dengan begitu, para Malaikat juga senantiasa mendoakan orang-orang yang suka untuk meng-infakkan sebagian hartanya tersebut. 

10. Orang yang mendoakan saudaranya secara diam-diam
Bagi orang yang mendoakan saudaranya secara diam-diam, Maka Malaikat pun turut mendoakan, yakni Malaikat berdo’a: “ Amiin, dan Engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan”. Hal demikian memang sesuai dengan hadits Nabi yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari rawinya yakni Ummud Darda R.A.

11. Orang yang makan sahur
Dan berbahagialah bagi orang yang senantiasa menjalankan ibadah puasa, baik itu fardhu maupun sunnah. Terutama ketika mereka sedang sahur, maka malaikat akan senantiasa bershalawat kepada orang-orang tersebut. Di mana penjelasan tersebut memang sesuai dengan hadits Nabi, yang telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban, dan Imam Ath Thabrani dari Abdullah Bin Umar R.A.

12. Seorang yang sedang mengajarkan kebaikan
Tidak hanya para Malaikat saja yang mendoakan orang-orang alim yang selalu mengajarkan kebaikan. Bahkan Langit, bumi, semut, dan ikan semuanya ber-shalawat kepada mereka semua. Dan tentunya orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain, Maka diberi kedudukan tinggi di sisi Allah SWT. Hal demikian berdasarkan keterangan yang terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, dari Abu Umamah Al Bahili.

13. Orang yang bershalawat kepada Rasulullah SAW
Banyak sekali majelis shalawat yang dikibarkan oleh kebanyakan orang. Dan orang yang selalu memberikan pujian kepada Rasulullah SAW, maka para malaikat pun juga senantiasa akan mendoakan orang-orang tersebut. Hal demikian berdasarkan Musnad Imam Ahmad no. 6605.

14. Orang yang bertaubat Nasuhah
Berdasarkan keterangan yang terdapat dalam Al-Quran surah Al Mukmin ayat 7-9, Menjelaskan bahwa bagi siapa saja yang bertaubat, Kemudian mengikuti jalan Allah dengan sepenuh hati, maka para malaikat akan senantiasa mendoakan mereka dan keluarganya. Sehingga orang yang bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan buruknya, maka mereka akan selalu didoakan para malaikat untuk menuju jalan yang diridhoi oleh Allah SWT.

Rabu, 4 November 2015

Pemuda Ini Menunjukkan Gaji Graduan Muda RM 3,500 Pada 2015 Tidak Cukup




Hai, saya Hafiz Hadi menulis lagi.
Sebenarnya banyak ke gaji RM 3,500 di Kuala Lumpur ni ?
Mesti syok kan kalau saya dapat gaji besar macam tu.
Apa yang saya boleh buat dengan gaji banyak tu? Saya boleh beli kereta, tukar telefon bimbit baru, pergi melancong ke luar negara dan paling penting sekali dengan duit gaji tu saya boleh hidup senang.
Itu dulu lah. Sebelum saya belajar pasal dunia kewangan. Dan bila saya buat bajet perbelanjaan lain pulak jadinya
Bajet Perbelanjaan
1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Melayang RM 350.
Belum sempat buat apa-apa duit gaji dah kena tolak dengan simpanan KWSP sebanyak 10%.
Jumlah: RM350
2. Kereta
Ada skim beli kereta untuk graduan.
Maklumlah dah kerja, takkan tak ada kereta sendiri. Mana nak letak muka.
Bila dah survey kereta, Myvi 1.3 Std G Metallic cantik. Harga pulak sekitar RM 44,000 sahaja.
Dengan skim graduan mungkin ada rezeki dapat pembiayaan 100%. Ingatkan nak ambik 7 tahun, tapi … hmm. Jadi ambil hutang untuk 9 tahun, saya cuma perlu bayar RM527 setiap bulan
Saya anggarkan duit tol untuk sebulan RM 50, duit minyak dalam RM 200, kos penyelenggaraan kereta sekitar RM 100 dan bayar parking sebulan dalam RM 200. Campur semua.
Jumlah: RM 1,077
3. Sewa Rumah / Bilik
Hasrat awal memang nak menyewa rumah.
Tapi survey kos apartment sewa kawasan yang berdekatan Kuala Lumpur paling murah RM 1,200. Tak jadi sewa rumah. Kena sewa bilik. Alhamdulillah. Ada satu bilik sewa yang murah. RM 400 sahaja sebulan.
Jumlah: RM 400
4. Makan & Minum
Makanan di kawasan Kuala Lumpur mahal.
Sekali makan boleh cecah RM 10. Tu kalau makan dekat foodcourt. Kalau makan Nandos, Kenny Rogers, Chicken Rice Shop mesti dah lebih RM 10
Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Belum campur lagi kalau kawan ajak lepak kedai mamak waktu malam. Kalau sehari belanja makan RM 30 sebulan dah cecah RM 900. Kalau terlebih … ? Hm…
Jumlah: RM 1,000
5. Telefon Bimbit
Zaman sekarang semua orang ada telefon bimbit.
Mesti pulak mesti yang ada touchscreen dan boleh layari internet dari bangun tidur sampai tidur semula. Jadi kena lah ambil pakej boleh call, sms dan guna internet sekali. Kos boleh mencecah sehingga RM100
Jumlah : RM 100
6. Hujung Minggu
Kalau dah penat kerja, hujung minggu orang bujang mesti nak lepak dengan kawan.
Tiket wayang sahaja RM 15. Belum kira kalau beli air dan popcorn. Kalau tak tengok wayang, mungkin keluar main bowling. Tak pun main futsal. Bersukan pakat kongsi kawan sewa court pun, masih kena bayar.
Jumlah: RM 200
7. Perbelanjaan Peribadi
Keperluan peribadi untuk kegunaan kerja.
Nak kena beli kasut kulit, baju kemeja, jaket, tie, tali pinggang dan banyak lagi. Bila saya survey harga, baju kemeja macam jenama Padini  dah cecah sekitar RM 80 – RM 100 sepasang. Sebab baru kerja, kena lah beli sikit-sikit setiap bulan.
Jumlah: RM100
8. Belanjawan Bulanan
  • KWSP: RM 350
  • Kereta: RM 1,077
  • Sewa Bilik: RM 400
  • Makan Minum: RM 1,000
  • Telefon Bimbit: RM100
  • Bersuka-ria hujung minggu: RM200
  • Keperluan Peribadi: RM100
Jumlah Perbelanjaan: RM 3, 227
Baki Perbelanjaan: RM 273
Alamak !
Duit baki tinggal RM 273!
Ini saya belum agihkan duit gaji saya untuk takaful diri, takaful kereta, duit belanja untuk mak ayah, duit percutian, duit nak balik kampung dan paling penting duit simpanan kahwin. Eh, lepas kahwin nak kena beli rumah kan ?
Kalau duit gaji RM 3,500 pun tak cukup. Macam mana ya ?